Posts

Showing posts with the label Gangguan Seksual

Bekas timbalan ketua Demokrat. Prinn dipenjarakan dalam kes penderaan seksual

Image
Bekas timbalan ketua Demokrat. Prinn dipenjarakan dalam kes penderaan seksual BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166909 Prinn memikat pelajar itu untuk berjumpa dengannya di sebuah restoran di Soi Sukhumvit 11 dan mencabulnya secara seksual. Selepas kes pertama didedahkan kepada umum, Prinn meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua Parti Demokrat Turut didedahkan 10 wanita telah diganggu secara seksual oleh suspek. Sekurang-kurangnya lima mangsa dirogol manakala yang lain dicabul secara seksual. Prinn Panitchpakdi, bekas timbalan ketua Parti Demokrat, telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun lapan bulan tanpa penggantungan kerana mengganggu secara seksual seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun pada 2021, kata Pejabat Peguam Negara. Menurut Timbalan Pendakwa Raya Kosolwat Inthuchanyong berkata hukuman itu dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada 10 Ogos. Pendakwa raya mengemukakan bukti kepada Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan bahawa Prinn memikat pelajar itu untuk be

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Image
PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030 Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara berbasikal bukit (MTB). Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis pada semalam, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan. Abu Samah berkata susulan laporan polis dibuat, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta menggantung jurulatih berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut. “Saya mengesahkan sememangnya terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya, baru-baru ini. “PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan dalam masa sama menggantung jurulatih itu bagi memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin badan induk berbasikal negara,

Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual

Image
Ebit Lew hadapi 11 pertuduhan termasuk gangguan seksual [Sumber: https://pakdin.my/?p=154918 ] TENOM: Pendakwah terkenal, Ebit Lew, hari ini dihadapkan di mahkamah, di sini, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan, termasuk berkaitan gangguan seksual. Ebit, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire, ditemani sekumpulan individu lain. Sementara itu, pekarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, turut dijadualkan membuat sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit. Difahamkan, Ebit kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti

Image
#PRNJohor: Ketua Srikandi PPBM Kota Tinggi keluar parti [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154619 ] KOTA TINGGI - Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Kota Tinggi, Zaharah Kassim, 53, meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa serta merta. Beliau yang juga ibu kepada mangsa gangguan seksual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithanain turut memaklumkan perletakan jawatan itu turut melibatkan 30 lagi ahli PPBM Bahagian Kota Tinggi. Zaharah berkata, keputusan keluar daripada parti itu juga turut dipengaruhi dengan kejadian menimpa anaknya selain sudah tidak percaya dengan kepimpinan ketua PPBM bahagiannya. "Ada beberapa isu berkenaan perkara ini, tetapi apa yang boleh saya maklumkan adalah kerana kami sudah tidak percaya dengan Ketua Bahagian (Rasman) dan pimpinan PPBM. "Di sini saya juga menegaskan tidak ada paksaan fitnah atau konspirasi politik daripada mana-mana pihak," katanya pada sidang media di kediamannya di