Posts

Showing posts with the label Sukan
Image
Kenangan manis Dollah Salleh, Zainal Abidin di Pestabola Merdeka BACA seterusnya di: pakdin.my/167110 Legenda bola sepak negara Datuk Dollah Salleh dan Datuk Zainal Abidin Hassan berkongsi kenangan manis sepanjang mewakili negara pada Pestabola Merdeka yang merupakan pertandingan bola sepak terulung di rantau Asia suatu ketika dahulu. Bagi Dollah, pasukan yang dibentuk untuk beraksi pada Pestabola Merdeka 1986 merupakan skuad yang terbaik apabila berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Jepun di pentas separuh akhir, sebelum membenam Czechoslovakia di final, sekali gus merangkul kejuaraan. “The best part masa lawan Jepun, Jepun letak seorang pemain untuk kawal Zainal (Zainal Abidin), dalam perlawanan itu kita ketinggalan 1-0 di separuh masa, saya bincang dengan Zainal untuk buat sesuatu kerana kami ada pasukan terbaik dan itu peluang untuk kami menang. “Pada separuh masa kedua Zainal jaringkan gol penyamaan dan saya jaringkan gol kemenangan, the beauty of pasukan 1986 di si

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Image
Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285 Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini. Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://results.leonetiming.com/?mid=5634, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi "Uncle Sam" itu.  Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s.  Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga T

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC

Image
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi selangkah muncul juara BAC BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163718 DUBAI: Malaysia memastikan sekurang-kurangnya satu wakil di perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia esok apabila beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin berjaya menyingkirkan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam aksi separuh akhir sebentar tadi (29 April 2023) Atas kertas, rekod perlawanan lalu tidak memihak kepada Ee Yi dan Yew Sin apabila tewas sebanyak tujuh kali daripada lapan pertemuan. Bagaimanapun aksi yang berlangsung di Dewan Sheikh Rashid bin Hamdan, Dubai menyaksikan mereka menampilkan semangat juang yang tinggi untuk mengejutkan pasangan Jepun itu dengan keputusan 21-16, 26-24 dalam tempoh 50 minit. Ee Yi dan Yew Sin terpaksa menanti perlawanan di antara Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India dengan Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan bagi mengetahui lawan mereka di final esok. Terdahulu, hasrat untuk melihat beregu camp

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

Image
[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161074/ DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali itu, skuad Samurai Biru itu gagal meneruskan momentum cemerlang seperti yang dilakukan ketika menewaskan Jerman pada aksi pertama awal minggu ini. Kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan berdisiplin sepanjang 45 minit pertama tidak ada gerakan yang boleh membuahkan jaringan. Bersambung pada separuh masa kedua, Costa Rica dilihat lebih garang tetapi memerlukan minit ke-81 sebelum dapat memecahkan kebuntuan hasil jaringan Keysher Fuller. Jepun berusaha untuk mencari gol penyamaan dalam mencari satu mata berharga tetapi tidak berjaya dengan kekalahan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan. https://www.instagram.com/tv/Cld544ap6Z0/?utm_source=ig_web_copy_link Keputusan ters

[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara

Image
[Video] JDT juara lagi, TMJ tak jadi bersara - Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155357 - ISKANDAR PUTERI, Johor: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut selepas menjinakkan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) 3-0 pada perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi. Kemenangan itu tentunya melegakan skuad Harimau Selatan dan penyokong mereka kerana pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pasti tidak akan bersara seperti diumumkan semalam. Tunku Ismail menerusi akaun Instagram miliknya semalam menyatakan hasrat untuk bersara daripada aktiviti bola sepak sekiranya skuad Harimau Selatan itu kecundang buat kali kedua kepada KL City FC pada perlawanan Sumbangsih malam tadi. JDT tewas 2-0 kepada skuad Bojan Hodak pada aksi final Piala Malaysia musim lalu. Dengan mengekalkan formasi 3-4-3 seperti pada aksi final Piala Malaysia musim lalu, skuad Harimau Selatan tampak menguasai perlawanan apabila

[Video] Malaysia ke final BATC 2022

Image
  [Video] Malaysia ke final BATC 2022  -  https://pakdin.my/155061 - SKUAD lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila menewaskan Korea Selatan 3-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam Mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan negara disumbangkan pemain perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang menewaskan Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12. Walaupun tewas pada set pertama, Tze Yong mempamerkan aksi mantap pada dua set berikutnya bagi mencatatkan kemenangan buat skuad negara bagi menempah pertemuan dengan Indonesia dalam aksi final pada Ahad. Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15. Kemenangan Zii Jia dilihat menyuntik semangat gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan gandingan Kim Sa-rang–Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19. “Sasaran kita memang untuk ke final dan semestin

Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027

Image
  Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027 [LINK:  https://pakdin.my/?p=153321 ] Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027 nanti. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menghubungi MOM berhubung kebarangkalian menganjurkan temasya sukan itu susulan penarikan diri Brunei yang sepatutnya menjadi hos pada edisi berkenaan. “Mesyuarat telah bersetuju menghantar surat ‘Expression of Interest’ (tunjuk minat) ke SEAGF manakala MOM akan memanjangkan makluman ini kepada kerajaan dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa yang sesuai. Atas semangat friendship (persahabatan) bersama SEAGF, I think most likely we have a good chance to secure that (Saya rasa kami mempunyai peluang yang baik untuk mendapat hak penganjuran),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali ketiga sesi 2021/2025 di sini, hari i