Posts

Showing posts with the label Umrah

[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir

Image
[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menjelaskan harga pakej umrah dinaikkan pada saat akhir berpunca kenaikan mendadak sehingga 300 peratus kadar hotel di Mekah dan Madinah. Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Azri Abd Razak, berkata keadaan itu menyebabkan harga pakej yang ditetapkan terpaksa dinaikkan pada saat akhir oleh agensi pelancongan sebelum jemaah umrah berlepas ke tanah suci. “Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih. “Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam kenyataan. Beliau tampil menje

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Image
[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160468/ Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah. "Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah. "Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad. "Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran