Posts

Showing posts with the label Petronas

Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan

Image
Waris kesultanan Sulu rampas dua aset Petronas di Azerbaijan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159590 Aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia, demikian menurut laporan Financial Times. Peguam pihak yang menuntut, dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.87 bilion). Peguam berkenaan berkata, bailif di Luxembourg merampas syarikat induk bagi pihak pelanggan mereka. Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Kesultanan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi ob

[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion?

Image
[Video] Eksekutif Petronas Carigali antara 8 ditahan SPRM kes rasuah projek lebih RM2.3 bilion? SUMBER:  https://pakdin.my/158107 ... Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan individu termasuk eksekutif tertinggi sebuah syarikat atas dakwaan terlibat dalam rasuah membabitkan projek bernilai RM2.3 bilion milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menurut jurucakap SPRM, agensi anti rasuah itu menahan kesemua suspek di pejabat SPRM Sarawak dan ibu pejabat SPRM di Putrajaya antara 1.30 tengah hari semalam dan awal pagi tadi. Mereka yang ditahan termasuk pemilik syarikat, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, eksekutif dan pengarah. Kesemua mereka berumur antara 35 hingga 45 tahun. Susulan penahanan itu, SPRM turut merampas sejumlah barangan mewah termasuk 10 kereta mewah, jongkong emas dan barangan kemas, 15 utas jam tangan mahal, 13 beg tangan mewah serta wang tunai berjumlah RM27,000. Agensi antirasuah itu turut mengambil tindakan membekukan 12 akaun bank mil