Posts

Showing posts with the label SITA

Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara

Image
Akaun bank lebih RM39 juta dibeku untuk siasatan seleweng dana negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165783 Akaun bank berjumlah lebih RM39 juta termasuk milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar 'Tan Sri'  dan ahli keluarga mereka telah dibekukan, susulan siasatan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembekuan itu melibatkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu. Menurut kenyataan SPRM itu, suruhanjaya tersebut turut merakamkan kenyataan dua individu bergelar Tan Sri itu, selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis berkaitan, melibatkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan pada Rabu lepas (7 Jun 2023). VIDEO berkaitan: “Kesemua mereka telah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2