Posts

Showing posts with the label Wheelie
Image
[VIDEO] Pasangan remaja mengaku bersalah buat aksi wheelie Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.  Pengakuan mereka direkodkan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan. Remaja lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta didakwa menunggang motosikal jenis Honda EX-5 putih secara berbahaya iaitu mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 5.30 petang 12 Mac lepas.  Remaja perempuan berkenaan yang masih bersekolah pula didakwa membantu melakukan aksi tersebut selaku pembonceng pada masa dan di tempat yang sama.  Bagi kesalahan berkenaan, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu minimum dua tahun dari tarikh sa