Posts

Showing posts with the label Bukit Ibam

Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli

Image
Tiga lelaki ditahan disyaki ada kaitan kes bunuh remaja perempuan Orang Asli BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160581/ KUANTAN: Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan seorang remaja perempuan Orang Asli yang ditemukan mati dengan kesan berdarah di tangan dan kepala dalam semak di lereng bukit berhampiran jalan masuk ke rumahnya di Bukit Ibam, di sini pada Isnin. Menurut, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, ketiga-tiga suspek yang merupakan Orang Asli ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 320 Kanun Keseksaan. "Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Rompin pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Berita sebelum: Mayat remaja perempuan Orang Asli ditemukan, disyaki mangsa bunuh Mayat seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemukan di lereng bukit berhampiran rumahnya di Bukit Ibam, Rompin