Posts

Showing posts with the label Lumut

[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi

Image
[VIDEO] TLDM siasat kejadian bot tempur berlanggar semasa demonstrasi BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161356 LUMUT: Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terlanggar kapal TLDM semasa demonstrasi manuvra sempena Hari Terbuka Armada 2022 (HTA22) di Jeti Pangkalan TLDM Lumut, semalam 30 Disember 2022. Jurucakap Markas Pemerintahan Armada Barat berkata, bot tempur terbabit hilang kawalan sebelum terlanggar Kapal Diraja (KD) Laksamana Tan Pusmah semasa melaksanakan demonstrasi manuvra bagi memintas bot mencurigakan. Katanya, insiden itu mengakibatkan badan kapal KD Laksamana Tan Pusmah terkoyak sepanjang 2 x 1 meter (m) manakala bot tempur terbabit kemek di bahagian haluan. "Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan akibat insiden itu dan ia tidak menjejaskan perjalanan HTA22 yang akan diteruskan mengikut atur cara ditetapkan. "Lembaga Siasatan ditubuhkan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. https://youtu.be/Dg1GD8rzz

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

Image
[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160840/ LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 tanpa nombor pendaftaran bertindak melepaskan satu das tembakan yang mengenai cermin belakang kereta milik mangsa. "Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), salah seorang suspek telah melepaskan satu das tembakan dan mengenai kenderaan mangsa. "Suspek kemudiannya cuba melepaskan tembakan ke arah hadapan rumah, namun dipercayai pistol gagal berfungsi sebelum melarikan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu. Menurut Mohd Yusri, rumah berkenaan didiami mangsa bersama isteri dan dua anaknya. "Ketika kejadian isteri mangsa telah terdengar bunyi letupan di luar rumah pada waktu pagi, namun tid