Posts

Showing posts with the label Kedai Emas

[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas

Image
[VIDEO] Wanita mengandung 7 bulan didakwa cuba rompak kedai emas BACA seterusnya di: https//pakdin.my/161336 Seorang wanita mengandung tujuh bulan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka hari ini atas pertuduhan cuba merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya, baru-baru ini. Norraniza Muhamad Puslam, 35, yang menangis semasa pertuduhan dibacakan kepadanya, bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Dia didakwa cuba merompak Nur Rabeatul Addawiyah Rasul, 16, di Kedai Emas Daz Jewellery Mydin Ayer Keroh, pada pukul 4.45 petang, 20 Dis lepas. Pertuduhan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimun tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan dua penjamin. https://youtu.be/HKMpVj4ONFA Bagaimanapun peguam tertuduh, Illya Shahar memohon jaminan yang rendah memandangkan anak guamnya berpendapatan sederhana, mengandung dan mempunyai dua anak berusia 5 dan 2 tahun,

[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu

Image
[VIDEO] Wanita berjubah cuba samun kedai emas diburu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161202 MELAKA – Polis memburu seorang wanita berjubah selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.45 petang apabila suspek yang memakai jubah masuk ke kedai itu dan berpura-pura ingin membeli emas. Katanya, pengadu yang merupakan pekerja kedai berusia 16 tahun bagaimanapun terkejut apabila wanita terbabit tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dan mengacukannya. “Wanita itu dikatakan masuk ke kedai dengan memakai jubah dan pelitup muka sebelum berpura-pura ingin membeli emas. “Ketika melayaninya, suspek tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dari beg galas lalu mengacukannya ke arah pengadu dan menyuruh memasukkan barang kemas ke dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Satu klip video be