Posts

Showing posts with the label PLUS

Insiden tembak di Behrang: Polis sahkan tahan lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah

Image
Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah dalam satu insiden tular di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Behrang arah selatan, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) tengah hari, 20 September 2025. Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata suspek dari arah Manjung menghala ke Kuala Lumpur berjaya ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah yang melakukan rondaan cegah jenayah kira-kira 12.30 tengah hari. Beliau berkata berlaku kejadian kejar antara polis dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz dinaiki suspek berusia 35 tahun dari arah Tapah sehingga ke lokasi kejadian. “Polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar kenderaan dipandu suspek dan polis menemukan pelbagai peralatan yang digunakan untuk pecah rumah termasuk jaket polis di dalam kenderaan suspek. “Ini adalah kolaborasi yang baik antara (polis) daerah bekerja dalam satu pasukan sehingga berjaya menangkap suspek,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Program Ter.....

[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS

Image
[Video] Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS.  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/58421      Mangsa adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, berasal dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. Dalam kejadian tengah malam tadi (11/5/2022), lima rentung apabila kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan dua treler di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, selepas Terowong Menora, di sini. KUALA KANGSAR: Lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLIUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, tengah malam tadi. Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafiz...

[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang

Image
[Video] Sondol lembu di Lebuh raya PLUS dekat Senawang Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157386 - Kejadian seekor lembu melintas secara tiba-tiba dipercayai berlaku di Lebuh raya Utara Selatan dekat Senawang telah menyebabkan kemalangan. Pemandu dipercayai hanya mendapat kecederaan ringan, Yang bela lembu tapi, membiarkan lembu berkeliaran memang tidak bertanggungjawab. Menyusah dan membahayakan nyawa orang lain. Kuliah di masjid-masjid patut memberi tekanan mengenai rezeki yang diperolehi penternak yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar

Image
  6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153534 ] PLUS telah memulakan operasi RFID di semua plaza tol mulai hari Sabtu, 15 Januari yang lepas. Tetapi masalah besar bermula pada hari Isnin, 17 Januari apabila kesesakan luar biasa berlaku di beberapa plaza tol PLUS. Orang ramai meluahkan rasa marah dan meninggalkan komen kerana kecewa dengan masalah yang timbul berkaitan RFID, mengakibatkan pihak PLUS terpaksa mematikan fungsi komen di Facebook rasmi PLUS Malaysia.   Ruangan komen dimatikan di Facebook PLUS Malaysia Sebenarnya, RFID telah pun digunakan dengan meluas di lebuhraya sekitar Lembah Klang, dengan 1.5 juta pengguna RFID telah berdaftar. Jadi apa silapnya pada sistem RFID di PLUS sehingga mengakibatkan kesesakan trafik? Ini cadangan yang boleh PLUS dan Touch n Go pertimbangkan untuk meningkatkan perkhidmatan dan kelancaran proses RFID di plaza tol.   1. Papan tanda laluan RFID yang jelas Pelaksana...