Posts

Showing posts with the label Padang

[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera

Image
[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163665 MENTAWAI: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi. Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, kejadian gempa itu mencetuskan amaran tsunami. Bagaimanapun, amaran tsunami yang menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai, sudah ditarik balik selepas kira-kira dua jam. Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.9 magnitud. Berdasarkan data BMKG, gempa itu melanda sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 84 kilometer (km). Malah, beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas kejadian itu termasuk satu gempa mencatatkan 5 magnitud. Sementara itu, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa kini sedang mengumpulkan data dari pulau-pulau berhampiran p

[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan

Image
[VIDEO] Rumput Stadium Bukit Jalil laku keras disimpan buat kenangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163040 Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas ia diberi secara percuma oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini. Tinjauan di stadium keramat Harimau Malaya itu mendapati rata-rata mereka berkumpul seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan ‘cenderamata’ khas tersebut. Menurut mereka, rumput tersebut akan dibawa pulang ke rumah dan ditanam di laman rumah masing-masing tanda kenangan sebagai penyokong bola sepak negara. Menurut seorang individu yang ingin dikenali sebagai Razak, 45, rumput tersebut bakal diletakkan di halaman rumahnya sebagai tanda kenang-kenangan. “Bukan mudah nak dapat rumput dari stadium keramat Harimau Malaya ini. Saya harap rumput ini suburlah apabila berada di halaman rumah nanti. “Terima kasih kepada pihak stadium kerana membenarkan rumput ini diambil percuma, sekurang-kurangya dapatlah pihak pen