#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat 4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.