Posts

Showing posts with the label Babi

Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun

Image
Hina agama: Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara 2 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168127 - JAKARTA, INDONESIA -- Defendan kes makan daging babi sambil membaca bismillah, Lina Mukherjee, dijatuhi hukuman penjara 2 tahun oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Kelas I Palembang, Sumatera Selatan. Selain itu, defendan yang nama sebenarnya Lina Lutfiawati turut didenda IDR 250 juta atau penjara 3 bulan sekiranya gagal membayar denfa tersebut. “Membicarakan dan menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun kepada defendan Lina Lutfiawati alias Lina Mukherjee dan denda Rp 250 juta atau 3 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda,” kata hakim membacakan keputusan itu. Panel Hakim Mahkamah Daerah Kelas I Palembang yang dipengerusikan Romi Sinatra menilai Lina Mukherjee secara sah dan terbukti dengan sengaja dan tanpa hak menyebarkan maklumat bertujuan menimbulkan perasaan benci kepada individu dan kelompok masyarakat tertentu berdasarkan agama. Keputusan yang diberikan oleh P...

Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku

Image
Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku Selanjutnya di: https://pakdin.my/157215 - Tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu. “Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel terbabit. “Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan status halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro. Beliau berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan mesej tular di media sosial daripada seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis. “Bertindak atas aduan Bahagian Penguatkua...

Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi

Image
Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155833 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan berhubung tular sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan isu itu dan akan menjalankan siasatan. Katanya, Jakim memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong. Melalui hantaran di Facebook, netizen turut meninggalkan komen meragui cop tanda halal yang dicetak di label pembungkusan. Terdapat netizen mempertika...