Posts

Showing posts with the label Sijil Halal

Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal

Image
Jabatan Agama Islam Perak Sahkan Restoran Terkenal, New Hollywood Di Ipoh Tak Ada Sijil Halal BACA di: https://pakdin.my/173714 Kalau datang bandar Ipoh, antara benda yang orang akan serbu adalah makanan doranglah kan? Antara tempat yang selalu orang pergi adalah Restoran New Hollywood. Kedai makan ni, memang penuh dengan orang waktu sarapan. Tapi kalau lambat bangun, memang tak sempatlah nak merasa. Namun begitu, selepas restoran ini terus mendapat tempat di hati orang-orang yang berkunjung ke Ipoh, ramai juga yang mempersoalkan sama ada restoran ini halal atau pun tidak. Ekoran ini, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah pun mengeluarkan kenyataan yang menjadi kekeliruan orang ramai ini JAIPk telah pun mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia. Selain itu, JAIPk turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa memastikan sesuatu premis mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya was-was. "Jangan cepat terpe...

Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku

Image
Tiada DNA babi pada gegelang sotong sejuk beku Selanjutnya di: https://pakdin.my/157215 - Tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya melalui makmal Jabatan Kimia sudah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu. “Keputusan yang diterima mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam sampel terbabit. “Sehubungan itu, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya berhati-hati ketika menyebarkan maklumat di media sosial termasuk isu berkaitan status halal kerana ia boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai,” katanya menurut laporan Harian Metro. Beliau berkata, siasatan dilakukan kementerian susulan mesej tular di media sosial daripada seorang pengguna mendakwa gegelang sotong mengandungi rektum babi ditemui di sebuah premis di Perlis. “Bertindak atas aduan Bahagian Penguatkua...

Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi

Image
Jakim siasat isu tular sotong ring dari usus dan dubur babi Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155833 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) bersama Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menjalankan siasatan berhubung tular sotong ring didakwa sebagai dubur atau usus babi yang dijual di pasaran. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengambil maklum berkenaan isu itu dan akan menjalankan siasatan. Katanya, Jakim memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa. Beberapa hari lalu, tular di Facebook mengenai dakwaan sotong ring yang dijual di pasaran diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong. Melalui hantaran di Facebook, netizen turut meninggalkan komen meragui cop tanda halal yang dicetak di label pembungkusan. Terdapat netizen mempertika...