Posts

Showing posts with the label Tanah Runtuh

Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024

Image
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166515 Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula. "Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024. "Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada ...

[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163792 Seorang Pengawal Keselamatan maut selepas tertimbus tanah akibat runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Jalan Syed Putra, di sini awal pagi tadi. Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali berkata lelaki berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan. Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang bertugas dan berada di dalam pondok pengawal. Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, terdapat bongkah batu yang jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan itu, pada 8 malam, semalam. “Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan hendak membuat laporan berhubung bongkah batu yang jatuh itu namun tidak sempat. “Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rizuan berkata seramai 41 anggota bomba d...

[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM

Image
[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163676 Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di sini, diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh petang 25 April 2023. Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan akademi SPRM sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi. Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang. Susulan itu, katanya lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi untuk membantu. "Seramai 76 mangsa membabitkan 36 lelaki dan 40 wanita yang berada dalam dua blok bangunan di akademi itu diarahkan keluar dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya melalui satu kenyataan hari ini. Pihak bomba juga memaklumkan s...

[VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh

Image
  [VIDEO] Jalan Kota Kinabalu-Sandakan terputus akibat pembetung runtuh BACA seterusnya di https://pakdin.my/161533/ KOTA KINABALU: Jalan Kota Kinabalu-Sandakan di kawasan Ranau ditutup sementara kerana kegagalan pembetung yang runtuh dan jalan terputus akibat hujan lebat berterusan sepanjang hari ini 4 Januari 2023. Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dalam kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian kegagalan pembetung di kawasan KM 109.378, Ranau itu membahayakan laluan berkenaan dan tidak boleh dilalui sebarang jenis kenderaan. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. "Pengguna jalan raya boleh melalui laluan alternatif melalui Jalan Sinarut Baru Togudon Baru (hanya untuk kenderaan Kecil). "Semua pengguna jalan raya dimohon untuk mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," menurut kenyataan itu. Jalan Kota Kinabalu-Sandakan adalah antara jalan utam...

[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi

Image
[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi  BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161163 Mangsa yang terkorban ada yang telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh, manakala sebahagiannya lagi masih berada di lokasi tragedi  ........... Tanah runtuh Batang Kali: Lapan maut, 60 ditemukan selamat setakat ini Lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi. Menurut Jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor, daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita dewasa manakala dua lagi adalah kanak-kanak. "Bagaimanapun, identiti mereka yang terkorban masih belum dikenal pasti. Tujuh daripada mereka mengalami kecederaan. Ini menjadikan, 68 orang mangsa terlibat telah ditemukan setakat ini," katanya dalam kenyataan terkini agensi ...

[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh

Image
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160182/ KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera tertimbus tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi. Mangsa Isa Sabri, 2 dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE). Manakala Siti Nur, 28, parah patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di HQE. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi. Katanya, seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga. “Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki mana...

[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil

Image
[Video] 14 maut tanah runtuh, banjir kilat di Brazil Sumber:   https://pakdin.my/158065 ... RIO DE JANEIRO: Hujan lebat  menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di seluruh negeri Rio de Janeiro di Brazil. Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 14 orang termasuk lapan kanak-kanak maut manakala lima lagi penduduk masih hilang dalam kejadian itu. Jelas pihak berkuasa, mangsa termasuk seorang ibu dan enam anaknya tertimbus apabila tanah runtuh menghanyutkan kediaman mereka. “Tanah runtuh di kawasan perumahan Ponta Negra mengorbankan seorang wanita dan enam anaknya yang berusia dua, lima, lapan, 10, 15 dan 17 tahun. “Anak ketujuh berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital yang mana mangsa kini dalam keadaan stabil,” katanya. Tambahnya, empat orang lagi dilaporkan cedera. Enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak maut di bandar Angra dos Reis. “Beberapa penduduk berjaya diselamatkan manakala lima lagi masih hilang,” katanya. Presiden Jair Bolsonaro menerusi hantaran di ...

[Video] Tanah runtuh: Mangsa keempat, kelima ditemukan meninggal dunia

Image
[Video] Tanah runtuh: Mangsa keempat, kelima ditemukan meninggal dunia Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156797 - AMPANG - Mangsa keempat dan kelima tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini ditemukan meninggal dunia awal pagi Jumaat. Penemuan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban seramai empat orang manakala hanya seorang warga emas dalam lingkungan 80-an yang merupakan penduduk di sini terselamat. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa keempat A Mahendran, 37, ditemui di hadapan unit rumah bernombor sembilan di sini sekitar jam 11 malam. "Mangsa kelima seorang lelaki tempatan merupakan penghuni rumah bernombor tiga ditemui di hadapan rumah. "Lelaki itu ditemui pada jam 1.55 pagi dan pemeriksaan dibuat pihak perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya dalam sidang media di lokasi operasi di sini, awal pagi Jumaat. Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) aka...

[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut

Image
[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156777/?amp=1 - AMPANG: Empat individu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh membabitkan 15 rumah di Taman Bukit Permai 2, di sini, hari ini. SORANG MANGSA DITEMUI SELAMAT Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seorang mangsa berjaya ditemukan jam 6.54 petang manakala tiga masih tertimbus. "Mangsa yang ditemukan dalam keadaan selamat dan hanya alami cedera ringan manakala tiga lagi status tidak pasti," katanya MANGSA KEDUA MENINGGAL DUNIA Seorang wanita warga emas yang juga mangsa kedua kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di sini pada Khamis dilaporkan meninggal dunia. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang berusia 85 tahun itu dikeluarkan pada jam 9.10 malam. "Mangsa ditemui dalam rumah yang terletak bersebelahan lokasi tanah ...

[Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang

Image
 [Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang [Sumber: https://pakdin.my/?p=153802 ] SERDANG – Sebanyak lima buah kereta yang diletakkan berhampiran deretan rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, di sini, rosak selepas berlaku pemendapan serta runtuhan tanah hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh itu pada jam 6.38 petang. Katanya, bertindak atas panggilan itu, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah bergegas ke lokasi kejadian. “Sejurus tiba di lokasi, pemerhatian bomba mendapati berlaku pemendapan tanah berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis yang diberhentikan di tempat itu turut ‘tenggelam’ bersama dalam runtuhan itu dan mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Norazam, pemeriksaan lanjut mendapati tiada...