Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki


Remaja hilang lepas keluar dengan teman lelaki

https://pakdin.my/174941/

KLUANG – Seorang remaja dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas keluar bersama dua lelaki ke bandar Kluang dengan menaiki kereta Proton Gen-2 pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, berdasarkan laporan ibu remaja itu, remaja dikenali Elly Ellyana Shafinaz Mohd. Dom, 17, memohon kebenaran untuk keluar bersama teman lelakinya dan rakan masing-masing berusia 22 dan 20-an.

Katanya, Elly Ellyana yang juga anak bongsu daripada enam beradik tinggal di Taman Titiwangsa, manakala teman lelakinya dari Taman Sri Kluang dan rakannya dari Taman Berlian Biru.

“Kira-kira pukul 5 pagi hari Khamis, pengadu menyedari anaknya itu masih belum pulang ke rumah sebelum bertindak mencari di rumah teman lelakinya pada pukul 10 pagi, namun diberitahu telah dihantar pulang oleh rakannya.

“Kemudian ibu berkenaan cuba menghubungi Elly Ellyana yang juga pelajar tingkatan lima serta teman lelakinya melalui panggilan, namun kedua-dua telefon tidak diaktifkan,” katanya ketika diminta mengulas berita yang dimuat naik dalam akaun Facebook KHI, hari ini.

Menurut Bahrin lagi, siasatan awal mendapati remaja berkenaan keluar makan bersama dua lelaki itu menggunakan kenderaan milik ayah kepada rakan lelakinya dengan nombor pendaftaran WSW 4211.

Ujarnya, ketika keluar, Elly Ellyana memakai baju hodie, seluar dan bertudung berwarna hitam serta membawa telefon bimbit sahaja.

“Menurut ibunya, Elly Ellyana mempunyai penyakit saraf mata dan mengalami kemurungan sejak berumur 12 tahun serta sedang menerima rawatan psiktiatrik di Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK) Kluang.

“Orang ramai yang mengetahui atau pernah ternampak kereta serta remaja dan lelaki ini diharapkan dapat menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma