Posts

Showing posts with the label Patah Kaki

‘Hadi elok jadi ahli zoologi’, sindir Zahid selepas Umno digelar ‘itik patah kaki’

Image
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir Abdul Hadi Awang supaya menukar profesion daripada ahli politik kepada ahli zoologi. ‘Hadi elok jadi ahli zoologi’, sindir Zahid selepas Umno digelar ‘itik patah kaki’ [Sumber: https://pakdin.my/?p=154314 ] Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyindir Abdul Hadi Awang dengan mengesyorkan Presiden PAS itu menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi. Ia susulan gelaran “itik patah kaki” kepada Umno sebagaimana kenyataan dikeluarkan Hadi baru-baru ini. “Saya mengikuti banyak wawancara dan banyak ucapan pemimpin itu. Banyak kiasan yang berkaitan dengan haiwan (digunakan). “Saya fikir eloklah dia tukar profesion daripada ahli politik kepada ahli zoologi,” kata Zahid dengan sinis seperti dilaporkan Malaysiakini. Zahid berkata demikian semasa berucap di majlis pelancaran jentera Barisan Nasional di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri , Johor malam tadi. Ia turut disiarkan secara langsung melalui platform media sosial.