Posts

Showing posts with the label AGC

Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu

Image
 Kes Ahmad Zahid: Majlis Peguam tak tahu atau buat-buat tak tahu BACA seterusnya di: pakdin.my/167352 - Majlis Peguam putar belit fakta dengan menyebut 'penarikan balik sepenuhnya kes' melibatkan Ahmad Zahid. Peguam Negara boleh 'memberhentikan pertuduhan' di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan oleh mahkamah dan ini termasuk di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan. Representasi-representasi yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid memiliki terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih 200 muka surat tidak termasuk dokumen sokongan yang dilampirkan.  Peguam Negara serta Jabatan Peguam Negara tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang. Jabatan Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbud

[VIDEO] Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini

Image
[VIDEO] Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini BACA seterusnya di: pakdin.my/167338 - PUTRAJAYA - Peguam Negara yang baharu dilantik Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memulakan tugas rasminya di Putrajaya, hari ini. Beliau mendaftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik sahaja tiba di Jabatan Peguam Negara (AGC) pada pukul 8.15 pagi. Kehadirannya disambut Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan serta ketua-ketua bahagian AGC. "Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, atas pelantikan saya sebagai Peguam Negara dan termasuklah Kerajaan Malaysia kerana melantik saya sebagai Peguam Negara dan Insy-Allah, saya akan laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,"kata Ahmad Terrirudin, di sini. Terdahulu pelantikan Ahmad Terrirudin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. Pelantikannya sebagai Peguam Negara