Posts

Showing posts with the label PRU15

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

Image
#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161042 BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi, di tempat keempat dalam persaingan lima calon. Langkawi dimenangi calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti  13,518 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Armishah Siraj yang mendapat 11,945 undi. Dr Mahathir bertanding pilihan raya sejak 1964 dan tidak pernah kalah sehingga pilihan raya terakhirnya pada masa itu pada 1999. Beliau tidak bertanding lagi selepas bersara daripada jawatan perdana menteri pada 2003. Dr Mahathir kembali bertanding pilihan raya pada 2018 ketika memimpin kempen pembangkang menjatuhkan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14. Selain Dr Mahathir, calon Pakatan Harapan Zabidi Yahya dan calon bebas Abd Kadir Sainudin juga hilang deposit.

Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November

Image
Tok Mat cadang PRU15 pada Oktober atau awal November Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159637 Awalkan pembentangan bajet pada minggu pertama bulan Oktober. Banjir pun dijangka belum lagi berlaku pada waktu itu namun jika buat pada awal Oktober pun tiada masalah Mengharapkan agar MoU itu tidak disambung agar kita boleh bebas daripada ikatan MoU maka senanglah kita memberi pandangan kepada naib presiden Umno (Ismail Sabri Yaakob) untuk merangka strategi parti  Oktober atau awal November adalah tempoh sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), demikian kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan. Mohamad secara peribadi melihat tempoh berkenaan adalah ideal kerana pembentangan bajet dapat diawalkan sebelum pembubaran Parlimen dilakukan. “Ini pandangan saya, bukan perdana menteri yang cakap. Saya cadangkan kita awalkan pembentangan bajet untuk mengelak diadakan PRU pada sekitar hujung bulan November dan Disember kerana musim banjir. “Secara lazimnya,...