Posts

Showing posts with the label Penjaga gol

Jodoh Azurin di Eropah berakhir

Image
Jodoh Azurin di Eropah berakhir https://pakdin.my/174786/ HAJAT penjaga gol skuad wa­nita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan untuk terus melebarkan ‘sayapnya’ lebih lama lagi di benua Eropah tidak kesampaian selepas tamat kontrak dengan kelab Kosovo, KFF Presingu FC. Pemain berasal dari Selangor itu berada di Kosovo sejak 25 Ogos lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air hari ini selepas kontraknya beraksi dalam saingan Liga Wanita Kosovo berakhir 31 Disember lalu. Bagaimanapun, Azurin, 23, sama sekali tidak menyesal, sebaliknya berbangga kerana dapat pengalaman bernilai beraksi di luar negara buat kali kedua dalam kariernya. “Kontrak saya sudah tamat dengan KFF Presingu selepas tidak disambung. Kita setuju untuk tidak disambung atas sebab-sebab tertentu. “Doakan yang baik-baik untuk perjalanan kami. Insya-Allah pe­rancangan lebih besar daripada apa yang kita jangkakan,” kata­nya. Ini adalah kelab luar negara kedua buat Azurin selepas pernah beraksi cemerlang mengawal gawang Misaka United FC