Posts

Showing posts with the label Derma

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Image
Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161027/ Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19 juta, Kula RM9 juta, Gobind RM12.4 juta, 80 calon PKR isytihar RM354 juta. Guan Eng tinggal di banglo bernilai RM7 juta. Diantara mereka, salah seorang calon DAP, Yeo Bee Yin, paling mewah. Dia berkahwin dengan salah satu keluarga terkaya di Malaysia. Suaminya dan adik lelakinya sahaja mempunyai aset bernilai AS$4.1b atau RM19.4 bilion - diwarisi daripada bapa mertuanya yang meninggal dunia 3 tahun lalu. Sebagai gambaran tentang betapa kayanya mereka, jika anda meletakkan RM19.4b itu dalam akaun simpanan yang memberikan faedah 6% setahun, faedah HARIAN mereka ialah RM3.2 juta. RM3.2 juta sehari! Yeo boleh dengan mudah meminta suaminya meluangkan hanya dua atau tiga hari pendapatan faedah untuk membiaya