Posts

Showing posts with the label Perpaduan

PRN: Apa rakyat Kedah mahu?

Image
PRN: Apa rakyat Kedah mahu? Baca seterusnya di: https://pakdin.my/166599 Kestabilan politik, pembangunan infrastruktur serta peningkatan sosioekonomi yang seimbang menjadi antara keperluan utama yang ditagih pengundi di Kedah daripada mana-mana parti politik yang akan mentadbir negeri ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti. Beberapa pengundi yang ditemui Bernama meluahkan harapan agar pentadbiran kerajaan negeri nanti dapat dilakukan secara efisien dan diselaras sebaik mungkin dengan kerajaan Persekutuan. Pengusaha industri kecil dan sederhana Zarina Abdullah, 58, berpendapat isu kemudahan asas termasuk bekalan air masih belum diselesaikan dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat khususnya golongan peniaga. “Sebagai peniaga kecil-kecilan, saya bersyukur menerima bantuan menerusi peruntukan kerajaan pusat untuk perniagaan makanan tetapi masalahnya di negeri ini, kita ada masalah bekalan air. “Masalah bekalan air ini sedikit sebanyak menjejaskan operasi perniagaan saya

Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo

Image
Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang Jo BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165031 KUCHING -- Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.  “Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.  Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pe