Posts

Showing posts with the label Bentong

[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

Image
[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162377 BENTONG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Bukit Tinggi di sini mengalami banjir kilat berlumpur. Air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang tadi sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang dipindahkan setakat puku 8.30 malam ini akibat kejadian berkenaan. “Bagaimanapun laluan Bukit Tinggi-Janda Baik dan Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan. “Kejadian adalah air melintas di atas jalan daripada bukit dan tidak melibatkan pemindahan mangsa banjir,” katanya.