Posts

Showing posts with the label Vietnam

[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara

Image
[VIDEO] Sukan SEA: Hoe Yean sumbang emas sulung kem renang negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164016 PHNOM PENH: Perenang Khiew Hoe Yean menceriakan kontinjen negara selepas menghadiahkan pingat emas sulung buat kem renang menerusi acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, malam ini. Hoe Yean mempamerkan renangan meyakinkan sebaik perlumbaan bermula untuk menjadi yang pertama tiba di penamat dengan catatan masa 1 minit dan 48.91 saat (s). Atlet berusia 20 tahun itu menewaskan wakil Thailand Dulywat Kaewsriyong yang meraih perak dengan masa 1:49.29s sementara gangsa menjadi milik perenang Vietnam Nguyen Huy Hoang selepas merakam 1:49.31s. Kejayaan Hoe Yean di sini bukan sahaja menghadiahkan emas ke-14 buat kontinjen negara di temasya sukan dwitahunan itu, malah menyaksikan beliau berjaya mempertahankan emas acara kegemarannya itu yang dimenangi pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas. Pada masa sama...

Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau

Image
Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163949 PHNOM PENH  -- Di sebalik kegembiraan, penerjun muda negara Kimberly Bong terkejut mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini hari ini. Penerjun berusia 20 tahun itu berkata ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya. Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan beliau meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kual...

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883 PASIR PUTEH 26 Mac 2023 -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.  Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.  Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang. "Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong. "Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua ...

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana...