Posts

Showing posts with the label Pesawat

Juruterbang maut, penumpang cedera apabila pesawat ringan terhempas di Chonburi

Image
Juruterbang maut, penumpang cedera apabila pesawat ringan terhempas di Chonburi Sebuah pesawat ringan yang membawa dua warga asing terhempas ke dalam sawah di daerah Bang Lamung di wilayah Chonburi pada hari Sabtu. https://pakdin.my/174944/ Juruterbang terbunuh dalam nahas itu dan penumpang mengalami kecederaan serius, menurut laman Facebook, Pattaya Message. Kemalangan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi berhampiran Kuil Huai Yai 13 Januari 2024. Juruterbang pesawat dua tempat duduk itu dikenal pasti sebagai warga Austria Stefan Molnar berusia 50 tahun. Penumpang yang cedera dikenali sebagai warga Jerman Christian Leonardo Schuf, 51. Dia mengalami kecederaan parah di kedua-dua kakinya dan dikejarkan ke hospital. Pihak berkuasa berkaitan sedang menyiasat punca nahas. Siasatan awal mendapati pesawat itu telah meninggalkan Lapangan Terbang Eastern menuju ke Pattaya, yang terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari lokasi nahas. Saksi berkata, pesawat putih itu kelihatan hilang kawalan apabila

[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Image
[VIDEO] Polis sahkan enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166724 Polis mengesahkan enam mayat nahas pesawat ringan di persiaran Elmina, sudah ditemui setakat ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta. "Setakat ini, enam mayat sudah ditemui dan pencarian membabitkan kawasan seluas 0.4 hektar. "Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu. "Kita sedang menghubungi waris terdekat tetapi tiada siapa menjawab telefon," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini. Razarudin berkata, pasukan pencarian akan mencari semua mayat terlebih dulu, manakala kotak hitam akan diuruskan Biro Siasa

[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut

Image
[VIDEO] Pesawat terhempas berdekatan Elmina: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166717 Polis mengesahkan orang kenamaan adalah antara 10 lelaki  maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini pada 2.40 petang 17/8/2023. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lapan daripada mereka ialah penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian. Beliau berkata ketika kejadian pesawat malang itu dalam perjalanan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat 2.50 petang tadi. “Namun dua minit sebelum mendarat, pesawat tersebut dipercayai hilang kawalan dan terhempas lalu melanggar motosikal dan kereta yang melalui kawasan itu,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian. Beliau berkata ketika kejadian, ked