Posts

Showing posts with the label Pilihan Raya Negeri

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be

PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia

Image
PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166448 TANGGAL 12 Ogos 2023 bakal menentukan nasib ahli politik di enam negeri. Melihat kepada apa yang berlaku sewaktu pilihan raya umum tahun lalu, antara faktor utama yang memainkan peranan penting menentukan kemenangan parti politik seperti Pas banyak dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan media sosial yang meluas serta capaian kepada semua pihak masyarakat menyebabkan maklumat disampaikan lebih cepat dan tersebar dengan pantas. Landskap politik negara mutakhir ini banyak dipengaruhi oleh media sosial seperti TikTok dan Twitter. Keadaan ini tidaklah bermakna ia negatif semata-mata. Ada banyak manfaat yang boleh dijana dari medium ini sekiranya digunakan dengan betul. Terkini, hampir semua ahli politik menggunakan medium TikTok untuk menyampaikan idea serta meraih undi. Memandangkan sejumlah besar iaitu sebanyak 28.9 peratus atau hampir 2.8 juta pengundi terdiri daripada golongan belia

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe

BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid

Image
BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166375 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti… kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC kerusi tetapi kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini. Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).  Ah

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te

PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican

Image
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican BACA seterusnya: https://pakdin.my/166298 Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi, kata Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata keazaman dan semangat ahli parti itu bagi membantu dan memastikan kemenangan pada PRN akan datang masih tinggi meskipun keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak seperti yang mereka harapkan. "Pola pengundian tidak semestinya berada pada tahap yang sama dan kecenderungan itu pasti akan berlaku… namun dalam keadaan apa sekali pun, kita tidak akan berputus asa kerana rakyat Kedah mendambakan pentadbiran negeri dan negara berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata UMNO Perlis dan Perak dilantik sebagai '

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Mohamad

Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Image
Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik BACA seterusnya: https://pakdin.my/166053 Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan. “Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai. “Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cher