Posts

Showing posts with the label APMM

[VIDEO] 3 kru kapal MT Pablo mungkin hanyut ke perairan Indonesia - APMM mohon bantuan BASARNAS

Image
[VIDEO] 3 kru kapal MT Pablo mungkin hanyut ke perairan Indonesia - APMM mohon bantuan BASARNAS BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163815 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) memohon bantuan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Indonesia untuk mengesan tiga kru kapal MT Pablo yang masih hilang selepas kapal itu terbakar pada Isnin lepas. Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata ia berikutan ada kemungkinan ketiga-tiga mangsa hanyut memasuki perairan Tanjung Pinang, Indonesia berdasarkan simulasi daripada Sistem Perancangan Optimal Mencari dan Menyelamat (SAROPS). "Pihak Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya untuk memohon bantuan daripada pihak BASARNAS," katanya menerusi kenyataan malam ini. Beliau berkata setakat ini pencarian dalam kapal tangki itu belum dimulakan berikutan penilaian masih menunjukkan keadaan kapal

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883 PASIR PUTEH 26 Mac 2023 -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara menerusi dua operasi pada Isnin dan Rabu lepas.  Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata pada Isnin, tangkapan pertama dilakukan pada 3.45 petang dan 4 petang, manakala pada Rabu tangkapan dibuat pada 8.45 pagi dan 10.57 pagi.  Katanya pada Isnin, semasa bot ronda APMM melaksanakan rondaan, dua bot nelayan Vietnam dikesan kira-kira pukul 3.45 petang dan 4 petang. "Bot pertama dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru termasuk tekong. "Kedua-dua bot ditahan pada jarak kira-kira 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. Bot peronda mengambil masa lebih kurang 16 jam untuk mengiringi masuk kedua-dua

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana

[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air

Image
[Video] Kapal Peronda Luar Pesisir Milik Maritim Malaysia berjaya dilancarkan ke air BACA setrusnya di: https://pakdin.my/160956/ Kapal Peronda Luar Pesisir yang pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya dilancarkan ke air awal pagi tadi. Kerja-kerja melancarkan  kapal  OPV 1 itu ke air diadakan di Limbungan TH Heavy Engineering (THHE) di Pelabuhan Klang pada jam 5.57 pagi menggunakan sistem pelancaran ‘Air Balloon’, disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan Malaysia, Puan Anis Rizana Binti Mohd Zainudin, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Ahmad Firdaus Bin Baharudin serta ahli-ahli lembaga pengarah dan pengurusan Urusharta Jamaah Sdn Bhd dan TH Heavy Engineering Berhad. Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saif

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

Image
[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160445/ KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata mayat mereka ditemukan terapung antara 11 pagi hingga 1.30 tengah hari tadi oleh nelayan setempat yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (Carilamat). “Kesemua mayat ditemukan di lokasi berbeza sekitar 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari Pulau Redang,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu ialah Saludin Ismail, 50, Mohd Nazri Abu Bakar dan Zulkifli Umar, kedua-duanya berusia 48 tahun. Katanya dalam kejadian pada 10 malam itu, bot nelayan dinaiki enam lelaki karam setelah dilanda ribut di kedudukan lebih kurang

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

Image
Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot penyeludup yang cuba memasuki Malaysia karam di perairan Selangor awal pagi ini (8 Ogos 2022).  Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor Kepten V. Siva Kumar berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan perkara itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada kira-kira pukul 2.23 pagi. "Bot Perkasa 36 APMM Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia bersama bot Pasukan Polis Marin diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.  "Semua 35 pendatang asing tanpa izin yang terdiri daripada 28 lelaki dan tujuh wanita berumur dalam lingkungan 22 hingga 51 tahun, berjaya dipindahkan ke aset penguat kuasa dari kapal tangki MV NCC Najem, bers

[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut

Image
[Video] 14 pemancing, empat kru selamat selepas terapung enam jam di laut  Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155378 LANGKAWI: Seramai 14 pemancing dan empat kru berhadapan detik cemas apabila terapung selama hampir enam jam di laut selepas bot yang dinaiki mereka karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah di pulau ini semalam. Bot yang dinaiki mangsa karam selepas air masuk ke dalam bot selepas papan di bahagian depan bot tersebut pecah kira-kira pukul 1.30 petang.  Dalam tempoh tersebut mereka yang memakai jaket keselamatan hanya berpaut pada  pelampung. Tekong bot Empayar Mahsuri, Baseri Aziz, 55, berkata, kejadian berlaku ketika cuaca buruk dengan ombak besar melebihi lima meter dan bot yang mereka naiki bergerak dalam kelajuan hanya 3 hingga 4 knot. Menurutnya, mereka ketika itu berada kira-kira 14 kilometer dari daratan. “Bot yang kami naiki karam selepas air masuk ke dalam bot apabila papan di bahagian depan bot pecah,” katanya ketika ditemui di Jet

[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan

Image
[Video] Bot karam di Langkawi: 14 pemancing, 4 kru diselamatkan bot nelayan - baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/155350 - LANGKAWI: Semua 14 pemancing dan empat kru yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka dikhuatiri karam dipercayai dipukul ribut di sini, hari ini, dilaporkan selamat. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis memaklumkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih dalam usaha menyelamatkan semua mangsa. "Kapal KM Tenggol dan Bot Penyelamat 5 milik Maritim Malaysia dalam perjalanan ke posisi bot nelayan yang dilaporkan menyelamatkan mangsa. "Kita masih dalam usaha menyelamat," katanya melalui kenyataan, sebentar tadi. Media sebelum ini melaporkan dalam kejadian 2 petang hari ini, bot terbabit dikhuatiri karam pada kedudukan 9.4 batu nautika Barat Pulau Beras Basah di sini dan dilaporkan membawa kumpulan pemancing dari Banting, Selangor dan Kuala Lumpur. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Mariti

[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi

Image
[Video] 14 pemancing, 4 kru hilang, bot dikhuatiri karam di perairan Langkawi - Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155335 - LANGKAWI: Sebuah bot membawa empat kru dan 14 pemancing dilaporkan hilang dan dikhuatiri karam dipercayai akibat dipukul ribut di kedudukan 9.4 baru nautika barat Pulau Beras Basah, dekat sini, hari ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejadian itu dipercayai berlaku jam 2 petang tadi. "Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan sebuah bot dilaporkan hampir karam itu. "Bot KM Tenggol, Bot Perkasa 1225 dan Bot Penyelamat 5 telah diatur gerak bagi operasi Carilamat (SAR) sebaik menerima laporan daripada MRSC Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, maklumat kejadian turut disalurkan kepada agensi sahabat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis