Posts

Showing posts with the label Ringgit

Dollar US semakin melemah tetapi terus meningkat berbanding Ringgit

Image
Dollar US semakin melemah tetapi terus meningkat berbanding Ringgit https://pakdin.my/174615/ Sejak satu bulan lepas, USD sudah melemah dengan ketara. Tapi apa yang pelik ialah ketika Ringgit mengukuh dengan US Dollar yang melemah, matawang kita terus melemah dengan lain matawang-matawang utama dunia dalam tempoh yang sama. Langsung tak bawa kelegaan kepada ibubapa dengan anak yang belajar di luar negara ataupun pelancong-pelancong dari Malaysia. Rasanya SGD1 = RM3.50 sudah menjadi kebiasaan sekarang. The new normal. Sejak 1 tahun lepas, Ringgit telah melemah -4.2% banding USD -6.32% banding Singapore Dollar -5.47% banding Thai Baht -8.22% banding Euro -10.04% banding UK Pound -5.97% banding Australia Dollar -5.44% banding New Zealand dollar -2.12% banding Renminbi China -5.48% banding Rupiah Indonesia -4.7% banding Peso Filipina -1.93% banding Vietnam Dong

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Image
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Dolar Singapura kepada 3.4227/4269 daripada 3.4277/4312 Rupiah Indonesia pada 304.6/305.1 daripada 304.9/305.4 Baht Thailand kepada 13.1220/1431 daripada 13.1591/1787 Peso Filipina pada 8.24/8.26 daripada 8.25/8.26 Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) serta kebanyakan mata wang utama termasuk Asia ketika pasaran menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang dijadual pada 19-20 September ini. Pada pukul 9.11 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.6700/6750 berbanding dolar AS daripada 4.6745/6795 yang dicatatkan pada Jumaat lepas. Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam tempoh interim ini, peserta pasaran akan mengikuti rapat data utama seperti Indeks Harga Pengguna (IHP) AS. “Konsensus dalam kalangan penganalisis adalah IHP itu berkemungkinan mencatatr kenaikan 3.6 peratus pada Ogos su

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Image
Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468 Ada yang tidak kena di sini Pasaran dunia meningkat semalaman kerana AS telah menyelesaikan krisis Hutang Persekutuan yang merupakan alasan yang diberikan oleh kerajaan kita atau lebih tepat oleh Rafizi mengapa mata wang Ringgit kita lemah. Walau bagaimanapun, Malaysia terus berada dalam kedudukan merah (Indonesia mendatar pada -0.05%) walaupun di mana-mana negara meraih keuntungan (menokok). Bursa Malaysia kini berada pada 1,378 mata - 518 mata besar di bawah paras tertinggi 1,896 pada April 2018 sebelum PRU-14. VIDEO berkaitan: Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14.

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Image
Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016 Propaganda ini telah tertanam masa itu sebab usaha menghasut dari penipu seperti Mahathir dan Rafizi Ramli yang memang tugas beliau adalah MENGHASUT. Cuba lihat graf Ringgit (hijau) berbanding harga minyak dunia (dunia). Ringgit mula melemah pada tahun 2014 (sebelum berita 1MDB tercetus) sebab harga minyak dunia telah menjunam dengan masa yang singkat ke paras paling rendah dalam dunia. Harga minyak Brent jatuh ke paras US$28 ketika itu dan jauh ke bawah kos pengeluaran negara sekitar US$50 hingga US$60. Peristiwa ini dikenali sebagai "Great oil crash 2014-2016". Sebab Malaysia sangat bergantung kepada eksport bahan petroliam maka ini memberi impak yang sangat besar kepada nilai Ringgit. VIDEO berkaitan: "Between mid-2014 and early 2016, the global economy faced one of the largest oil price declines in modern history. The 70 percent price drop during that period was one of the

Pengurusan matawang ringgit

Image
Pengurusan matawang ringgit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311 Ringgit oh Ringgit. Tahun 2015 dan 2017 kita juga pernah berdepan dengan isu nilai Ringgit. Jika kita lihat 2015, pada tahun itu - Nilai Ringgit jatuh lebih kurang 15-18 peratus - Nilai Rupiah Indonesia, Baht Thailand, Dolar Singapura, Peso Filipina juga jatuh sekitar 5-10 peratus Bukan Malaysia sahaja, tetapi serantau dan banyak matawang utama dunia juga terjejas. Antara sebabnya ekonomi US bertambah kukuh dan kadar faedah US pada ketika itu naik buat kali pertama sejak 2006, daripada keadaan ekonomi dengan kadar hampir sifar ditambah pula percetakan mata wang hampir USD3.7 trilion dahulu. Dalam kata mudah lain, ya benar. Ada faktor luar yang menyumbang kepada naik turun nilai Ringgit kita. Itu di luar kawalan, tetapi ada jalan cara menanganinya. Ada juga faktor dalaman, dan dalam kawalan kita. Bagi menangani dan mengelakkan krisis ekonomi, - satu Jawatankuasa Khas Ekonomi ditubuhkan pada 2015 - kerajaan pada ket

Saham, ringgit merudum

Image
Saham, ringgit merudum Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159364   Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83  Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta. Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga. Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib

Image
Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah, luar biasa kata Najib Selanjutnya:   https://pakdin.my/159183 Ini adalah graf Ringgit Malaysia berbanding USD (merah) bersama graf harga minyak dunia (biru). Sejak dari dulu lagi, Ringgit akan mengukuh apabila harga minyak naik. Lagi tinggi harga minyak dunia, lagi kuat Ringgit Malaysia - dan sebaliknya. (Sebab itu garis merah dan biru biasanya akan gerak bersama sebelum ini dan sebab itu juga Ringgit menjadi lemah dari tahun 2014 hingga 2016 akibat kejatuhan mengejut harga minyak dunia ke bawah US$30 satu tong) Namun keadaannya sudah bertukar selepas PRU14. Harga minyak dunia tinggi tapi Ringgit semakin lemah. Ini adalah petanda bahawa ada yang tidak kena dengan keadaan ekonomi kita selepas PRU14. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan luar biasa selepas PRU14 termasuk: 1. Defisit kerajaan serta nisbah hutang kerajaan berbanding KDNK yang semakin naik (berbanding penurunan defisit 9 tahun berturut-turut sebelum