Posts

Showing posts with the label Muar

[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH

Image
[VIDEO] Loke: Kemenangan Muda di Muar kerana sokongan PH BACA di pakdin.my/167399 - Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kemenangannya di kerusi parlimen Muar pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kerana sokongan Pakatan Harapan (PH). Dia berkata demikian sebagai menjawab ancaman Syed Saddiq dan Muda untuk menarik balik sokongan daripada kerajaan perpaduan. Ahli Parlimen Muar itu mengancam mengambil tindakan demikian sekiranya tiada penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung penarikan balik 47 pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi. Loke menegaskan Syed Saddiq mempunyai kewajipan dan tanggungjawab untuk menyokong kerajaan perpaduan kerana undi yang diperolehnya pada PRU15 adalah dengan bantuan PH. “Pertama sekali, ini (menarik sokongan daripada kerajaan) adalah keputusan mereka. Mereka perlu membuat keputusan sendiri. “Tetapi biar saya ingatkan mereka (Muda dan Syed Saddiq

[VIDEO] Bapa durjana rogol dua anak kandung dihukum penjara 702 tahun, 234 sebatan

Image
Bapa durjana rogol dua anak kandung dihukum penjara 702 tahun, 234 sebatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166670 MUAR -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan ke atas seorang lelaki yang tergamak merogol serta melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sehingga seorang daripada mereka mengandung. Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh, yang berusia 53 tahun, mengaku bersalah terhadap 19 pertuduhan merogol serta 11 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kedua-dua mangsa ketika mereka berumur 9 dan 10 tahun. Bagaimanapun, pekerja pembersihan itu hanya perlu meringkuk dalam penjara selama 42 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman untuk semua kesalahan berjalan serentak iaitu dari tarikh dia ditangkap pada 10 Julai lepas. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dua rumah iaitu di Bakri serta Jalan Jeram Tepi, Muar di sini sejak 2018 dan kali terakhir pada 9 Julai lepas. Ba

Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

Image
Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491 MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini. Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu. Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya. Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa. Berikutan itu, tertuduh ditah