Posts

Showing posts with the label Satun

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Image
Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780 Sebuah pulau di Selatan Thailand bakal dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia. Koh Adang, yang terletak di wilayah sempadan selatan Satun, bakal menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia seperti Langkawi di Malaysia, menurut Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC). Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. SBPAC baru-baru ini mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cara meningkatkan pelancongan wilayah itu, lapor The Phuket Express hari ini. Timbalan Ketua Setiausaha SBPAC, Chanathan Saengphum, menyatakan bahawa agensi berkaitan akan bekerjasama untuk membangunkan Koh Adang menjadi destinasi pelancongan utama dalam tempoh lima tahun akan datang. Projek ini bertujuan untuk menggelar Koh Adang sebagai "Rivera of Southeast Asia" dan membangunkannya sebagai destinasi ek...

[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan

Image
[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161198 Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis 22 Disember 2022 meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand. Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat. "Setakat hari ini, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir," memetik kenyataan itu. Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini. "Monsun Timur Laut sederhana di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan negara ini mulai hari ini dan esok," menurut jabatan itu. https://youtu.be/sClrhUOa6jA Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmata...