Posts

Showing posts with the label Phatthalung

Bunuh bekas kekasih selepas didakwa gagal merogol

Image
 Seorang lelaki dilaporkan memujuk bekas kekasihnya ke sebuah empangan di wilayah Phatthalung, di mana dia didakwa cuba merogolnya sebelum membunuhnya dengan kejam. Sutima, 42 tahun, rakan karib mangsa, menemui Malee, 52 tahun, dalam keadaan cedera parah di tebing Empangan Khao Hua Chang pada 20 Mei. Malee mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dengan seluarnya dilucutkan hingga ke paras buku lali. Kakitangan Hospital Tamot segera membawanya untuk rawatan, namun malangnya dia meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Sutima kemudian membuat laporan di Balai Polis Tamot dan menamakan bekas kekasih Malee, Mudtafa, 59 tahun, sebagai suspek utama. Menurutnya, Malee meminta Sutima menemaninya berjumpa Mudtafa bagi menyelesaikan pertikaian pemilikan kereta selepas perpisahan mereka. Mudtafa menjemput kedua-dua wanita itu dengan keretanya dan membawa mereka ke rumah saudaranya berhampiran empangan. Ketika Sutima makan bersama saudara Mudtafa, lelaki itu membawa Malee ke tebing e...

[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan

Image
[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161198 Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis 22 Disember 2022 meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand. Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat. "Setakat hari ini, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir," memetik kenyataan itu. Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini. "Monsun Timur Laut sederhana di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan negara ini mulai hari ini dan esok," menurut jabatan itu. https://youtu.be/sClrhUOa6jA Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmata...