Posts

Showing posts with the label Yang di-Pertuan Agong

[VIDEO] Biarkan perbicaraan kes 1MDB selesai dan Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan - PMX

Image
"Pendirian kami adalah, buat masa ini, anda melalui prosesnya dan biarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan." - Sebarang pertimbangan berhubung permohonan tahanan rumah Najib Razak hanya selepas selesai perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu. - Perdana Menteri (PMX), Anwar Ibrahim menjelaskan semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini. - Ujarnya lagi, bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal menjalani hukuman di penjara sepanjang rayuannya didengar, namun berhak mengemukakan rayuan pengampunan dan hak yang sama juga wajar melibatkan seluruh rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan pendiriannya mengenai permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, dengan menekankan bahawa proses tersebut harus dianggap sebagai hak setiap warganegara Malaysia. Dalam satu kenyataan t...

[VIDEO] Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Titah Addendum timbulkan implikasi perlembagaan – Hasnal Rezua

Image
Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung titah addendum membawa implikasi perlembagaan yang besar, khususnya terhadap kedudukan dan kuasa institusi Raja-Raja Melayu , kata peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican . Beliau berkata demikian kepada media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mahkamah menolak kesemua hujahan yang dikemukakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib, termasuk permohonan perintah mandamus bagi memaksa badan-badan kerajaan melaksanakan titah addendum berkenaan. “Secara ringkasnya, semua poin yang dibawa pihak pemohon telah diputuskan tidak memihak kepada Datuk Seri Najib, atas semua isu,” katanya. Menurut Hasnal Rezua, antara implikasi paling signifikan keputusan itu ialah dapatan mahkamah bahawa titah addendum yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Pahang , adalah tidak...

[VIDEO] Keputusan yang dibuat pada hari ini timbulkan perhatian dan perdebatan sebagai mencerminkan pengurangan terhadap kekuasaan Raja-raja Melayu

Image
Kuasa pengampunan atau "pardons power" yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu kekal sebagai salah satu kuasa tradisional dan prerogatif yang tidak tergugat di bawah kerangka Perlembagaan Malaysia . Kenyataan ini sekali lagi ditegaskan oleh peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah , yang mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , merujuk secara khusus kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan . Prerogatif Konstitusional yang Tidak Tersentuh Perkara 42 dengan jelas memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memberi pengampunan, menangguh atau meringankan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera, serta bagi kesalahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya . Bagi kesalahan di negeri-negeri lain, kuasa ini terletak pada Raja atau Yang Dipertua Negeri atas nasihat Lembaga Pengampunan, negeri masing-masing. Shafee Abdullah menegaskan bahawa kuasa ini ...

[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina

Image
[VIDEO] Pengampunan kepada Najib budi bicara Agong - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163410 Permohonan pengampunan diraja bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melibatkan aspek perundangan sebaliknya terletak sepenuhnya kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ia merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. “Tiada lagi aspek perundangan... dia punya prosedur perundangan sudah tidak ada, sekarang adalah budi bicara Agong, jadi kita pun tak boleh paksa-paksa…. biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan, atau mahu kaji... kita orang (UMNO) dah tak terlibat,” katanya. Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib. Haniff sebelum ini dilapork...