[VIDEO] Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur
Suami tangkap isteri berkhalwat dengan rakan ketika pulang sahur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163620 Seorang lelaki di Surabaya, Indonesia menangkap isterinya sedang berdua-duaan dengan rakannya sendiri di rumah mereka ketika waktu sahur, lapor laman berita Tribunnews kelmarin. Lebih menyedihkan adalah apabila kedua-dua pasangan kekasih itu tidak menunjukkan reaksi menyesal, malah mereka mengakui saling mencintai. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook, lelaki bernama Chotib berkata, dia menangkap isteri dan rakannya berkhalwat di rumah mereka ketika pukul 2 pagi (waktu tempatan). “Pulang sahaja dari kerja, saya diberi ‘kejutan’ oleh isteri pada pukul 2 pagi. Dia berdua-duaan dengan kekasihnya iaitu rakan saya sendiri,” kata Chotib. Kedua-dua pasangan kekasih itu dilihat tidak menunjukkan reaksi takut dan menjawab segala soalan daripada Chotib dengan bersahaja. “Anda mahu berpisah dengan saya? Anda telah curang bersama Darno,” kata Chotib. “Ya,” jawab isteri...