Posts

Showing posts with the label Berkelah
Image
[VIDEO] Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu BACA seterusnya di: pakdin.my/167123 Dua pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lata Bayu ,Asam Jawa, Baling terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan itu petang semalam . Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata bagaimanapun salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. Katanya menerusi kenyataan mangsa yang cedera, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22 tahun  diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibawa ke hospital Baling untuk menerima rawatan. Manakala seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan stabil. Kejadian  kepala air  itu berlaku kira-kira pukul  4.30 petang akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak semalam. Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota APM Baling bersama dua ambulans bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 4.55 petang. Mangsa da

[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman

Image
[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166241 Diipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman. Mangsa pertama Azizah Eiyi, 40 (ibu) ditemui 24KM dari lokasi kejadian, mangsa kedua Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 (anak) ditemui jarak 2KM. Sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti SAR lapan lagi mangsa yang hilang terpaksa dihentikan lebih awal pada sebelah petang kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang. Akan disambung pagi esok. KEMAMAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang. Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertam

[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Image
[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160250/ JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas. Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari. Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. “Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. “Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

(VIDEO) BBQ atas batu meletup ketika berkelah

Image
(VIDEO) BBQ atas batu meletup ketika berkelah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/?p=159189 BERKELAH memang seronok tapi hati-hati kalau BBQ, boleh meletup! Berkelah dan beriadah di hujung minggu dan hari cuti sangat menyeronokkan kerana dapat meluangkan masa bersama-sama keluarga tersayang. Di samping beristirehat, bukan sahaja di tepi pantai, sungai atau tasik, kawasan air terjun juga menjadi pilihan bersantai. Seakan menjadi aktiviti wajib ketika bersantai ialah barbeku (BBQ). Pelbagai makanan boleh dipanggang seperti ayam, kambing, daging, sosej, makanan laut dan sebagainya. Bila makan ramai-ramai, barulah meriah dan berselera. Semuanya sedap, ditambah pula dengan perut yang berkeroncong selepas mandi-manda. Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan ini apabila tempat memasak yang sedang digunakan untuk membakar daging ketika berkelah meletup secara tiba-tiba. Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok iaitu @huzaifahmiorbadri, kelihatan seorang perempuan dan lelaki sedang m