Posts

Showing posts with the label Hiburan

Apa Khabar Shiela Majid?

Image
Apa Khabar Shiela Majid? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168488/ Status facefook dari Lim Sian See bertanyakan kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Sheila Majid Selepas PRU14, Ringgit lagi murah (RM3.83 jatuh ke RM4.70), harga barang dan makanan lagi tinggi sehingga bekalan kadang-kadang terputus, pertumbuhan ekonomi lagi lemah (5.9% jatuh ke 2.9%) dan hutang negara hampir berganda (RM686.8b naik ke RM1.2 trilion) sejak 5 tahun itu.. What's your excuse now Sheila Majid? Perkongsian tersebut menerima banyal 'like' dan komen dari pengguna Facebook. Antara komen netizen: DIA dtg dari masa Depan gamaknya Artis acah2 bijak ekonomi.. Masa ni ramai artis² lagaknya mcm pakar ekonomi..ya pelik ramai pula tu yg percaya teori² dia org ni..huhu

Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’

Image
Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155729 - Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menyifatkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan kontrak mereka di kementerian itu tanpa sebarang penjelasan sebagai tidak ‘gentleman’. Lebih menyedihkan, pemberhentian itu dibuat ketika Ahmad Idham dan keluarganya sedang dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19. Menurut Ahmad Idham, surat penamatan itu diperolehnya pada Isnin lepas, iaitu pada 28 Februari dan tarikh surat itu berkuat kuasa pada 23 Februari, dengan penamatan 24 jam. “Dalam surat itu tidak dinyatakan sebarang alasan penamatan dan kami sendiri tidak tahu apa alasannya. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan menteri terhadap penamatan ini dan selama ini kolaborasi kami bersama menteri juga adalah amat baik. “Cuma sedikit sedih sebab surat dibuat ketika saya kuarantin. YB menteri tahu satu keluarga saya kena Covid-19,"

“Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV

Image
  “Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV [Sumber: https://pakdin.my/?p=153538 ] Sebelum ini timbul gosip kononnya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan, Shuib memandangkan ciri-ciri lelaki idamannya itu dimiliki pengasas BubbleBee ini. Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan bahawa DSV bukanlah gerangan wanita yang sedang dikenalinya sekarang ini. Mengakui selesa berkawan dan menjalinkan hubungan atas urusan perniagaan semata-mata, Shuib akui mengenali DSV sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. “Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. “Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Image
  The Silent Sea [LINK:  https://pakdin.my/?p=153323 ] Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama lebih kurang dua minggu, drama itu sudah memperoleh skor 100% di laman web Rotten Tomatoes. Rotten Tomatoes merupakan laman web yang mengumpulkan ulasan filem dan drama daripada pengkritik yang menerbitkan ulasan mereka. Drama yang bertemakan sains fiksyen ini mula ditayangkan pada 24 Disember tahun lalu dan ia mengisahkan tentang misi 24 jam di bulan untuk mendapatkan air setelah bumi terputus bekalan air akibat penyakit misteri. Netflix menggambarkan rancangan itu sebagai kisah yang berlaku pada masa depan di mana bumi telah mengalami kemarau teruk. Angkasawan yang menjadi karakter utama cerita ini dihantar dalam misi khas ke bulan. Di sana, mereka telah ditugaskan untuk mendapatkan sampel mist