Posts

Showing posts with the label Dollar

Saham, ringgit merudum

Image
Saham, ringgit merudum Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159364   Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83  Jumlah dagangan sebanyak 355.69 juta unit bernilai RM239.99 juta. Ringgit meneruskan penurunannya apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut kepada 4.4220/4245 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4185 Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran penurunan pada sesi awal Selasa ketika pelabur kekal berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran serta impak jualan ketara semalaman di Wall Street, kata peniaga. Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.41 mata kepada 1,455.42 daripada 1,464.83 pada akhir dagangan semalam. Indeks penanda aras itu dibuka susut 6.97 mata kepada 1,457.86. Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 529 berbanding 63 manakala 216 kaunter lain tidak berubah, 1,455 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.