Posts

Showing posts with the label Suhu

Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion

Image
Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion - [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154610 ] PERASAN atau tidak, sejak kebelakangan ini cuaca agak mendung dan kerap hujan di beberapa tempat. Suhu sejuk membuatkan beberapa tempat berkabus pada waktu pagi terutamanya di kawasan puncak bukit. Boleh dikatakan ramai yang bersetuju, inilah saat sesuai untuk bercuti memandangkan cuaca tidak begitu terik sejak akhir-akhirnya. Pada masa sama, netizen membahaskan perubahan 'suhu' yang berlaku dan tertanya-tanya adakah negara sudah memasuki fasa akhir peralihan Monsun Timur Laut? Ini kerana fenomena tersebut lazimnya menyebabkan peningkatan suhu panas di negara yang diramalkan berlarutan hingga Mac nanti. Pun begitu, sebenarnya keadaan cuaca yang lembap dan sejuk yang terjadi ketika ini adalah terjadi disebabkan peralihan monsun yang sama. Keadaan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah dari Universiti Malaya yang...