Posts

Showing posts with the label Muhyiddin

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Image
[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160851/ Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU15. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris, berkata sebaliknya apa dimaksudkan Muhyiddin ketika mengulas hasil pertemuan dengan pemimpin PAS termasuk Abdul Hadi Awang Isnin lalu itu, bahawa parti itu perlu membuat membuat pendirian lebih jelas soal kerjasama dalam pilihan raya. “Muhyiddin kata hasil perbincangan dengan presiden PAS beliau mendapat bayangan PAS akan membuat keputusan sama ada bersama Umno atau bersama PN. Itu sahaja, tak nampak beliau desak atau tekan PAS, saya tak nampak, tiada istilah kata dua. “Muhyiddin masih lagi meraikan kehendak PAS menjayakan penyatuan ummah. Kita Bersatu tak marah PAS jumpa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi,” katanya. Beliau berkata de

[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis

Image
[VIDEO] Pasca Muktamar PAS :Jangan sampai diperguna politik palsu PPBM, tegur penganalisis BACA seterusnya di https://pakdin.my/160684/ Ada benarnya kata-kata kritis Dr Tawfiq Yaakob ini, namun gerak politik PAS telah melangkau terlalu jauh untuk lebih memesrai PPBM sekaligus mengabaikan UMNO di Muafakat Nasional. Pelbagai label menghiris dilempar sehingga dilihat begitu gigih berusaha meminggirkan UMNO sebagai teras politik orang Melayu, seolah-olah cuba memenuhi tanggapan Muhyiddin Yassin dahulu bahawa UMNO telah mati tersungkur ke longkang! APAPUN BAGI SELURUH JEMAAH AHLI PAS DAN PARA SIMPATIS PARTI, PENILAIAN KALIAN TENTANG HALATUJU TERKINI WAJAR DIRENUNGI KEMBALI... Edisi Siasat https://web.facebook.com/100005964318997/videos/637770177968830/

Muhyiddin positif Covid-19

Image
  Muhyiddin positif Covid-19 [Sumber: https://pakdin.my/?p=154485] Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini. Presiden PPBM itu memaklumkan perkara itu  di Facebook dan beliau memberitahu, dirinya hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik. Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). Berikutan itu, beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah. “Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR). “Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” kata beliau.