Posts

Showing posts with the label Perhilitan

🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour

Image
🎦 Buaya muncul di jeti Puteri Harbour BACA seterisnya: https://pakdin.my/174191 ISKANDAR PUTERI – Kemunculan seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter di Puteri Harbour, di sini menggemparkan pengunjung di kawasan jeti berkenaan hingga ia menimbulkan kebimbangan ramai di kawasan tumpuan pelancong itu. Seorang pengunjung yang dikenali sebagai Maryam berkata, reptilia berkenaan dilihat berlegar-legar berhampiran bot diletakkan di kawasan jeti tersebut. Katanya, kehadiran buaya itu amat mengejutkan pengunjung sekali gus menimbulkan kegusaran sama ada kawasan beriadah itu selamat dikunjungi khususnya pada hujung minggu. Kelmarin, tular video  menunjukkan kemunculan reptilia itu menimbulkan kebimbangan ramai. Terdapat pengunjung yang menyatakan bahawa pekerja di kawasan berkenaan mendakwa pernah menemukan dua ekor buaya di kawasan itu. Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kemuncu

🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’

Image
🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’ Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal. BACA https://pakdin.my/170681 IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng hari ini. Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat. Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dala

[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim

Image
[VIDEO] Kelibat harimau dilihat di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut. "Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran. "Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya," katanya ketika dihubungi Bernama. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mua

[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang

Image
[VIDEO] Beruang didakwa musnah kubur, makan mayat: Penduduk Orang Asli bimbang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161649 Lebih 100 masyarakat Orang Asli di Kampung Dakoh, Pos Balar hari ini gempar dengan kehadiran seekor beruang yang dipercayai memusnahkan tanah perkuburan mereka, malah dikatakan turut memakan mayat penduduk kampung berkenaan. Seorang penduduk, Mazlan Aluij, 50, berkata pada 26 Dis lepas dia dan lima anaknya menyedari kehadiran beruang itu ketika menziarahi kubur isterinya, Amek Along, yang meninggal dunia pada 1 Disember 2022. Menurut Mazlan dia mendapati kawasan sekitar kubur itu telah rosak selain menemukan beberapa kesan dan jejak dipercayai seekor beruang yang berkemungkinan turut menggali kubur dan memakan sebahagian mayat Amek. "Saya juga pernah terserempak dengan haiwan itu yang sedang berkeliaran di belakang rumah, kira-kira 300 meter dari tanah perkuburan. "Saya dapat dengar bunyi kehadiran beruang tersebut dan sempat menjerit ke arah haiwan itu k

[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah

Image
[VIDEO] 5 jam tangkap tapir sesat nak check in hotel mewah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161408 MELAKA: Lebih lima jam diambil pasukan bomba bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi menangkap tapir betina yang berkeliaran di kawasan tempat letak kenderaan hotel di, Bandar Hilir,hari ini 1 Januari 2023. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sofian Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 9.04 pagi sebelum sepasukan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian. "Kita kemudian menghubungi PERHILITAN bagi memaklumkan kehadiran haiwan itu dan mendapatkan bantuan bagi operasi menangkap. "Haiwan berkenaan ketika itu sedikit agresif dan kami meminta kepada pengurusan hotel untuk tidak membenarkan pengunjung meletakkan kereta di kawasan itu. "PERHILITAN juga terpaksa membiusnya tiga kali sebelum ia rebah selain terdapat kereta pengunjung yang mengalami kerosakan akibat dis

[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Sumber:  https://pakdin.my/157645 = GUA MUSANG - Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat gajah melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. "Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon. "Hal ini bagi mengelakkan h

[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang

Image
[Video] Gajah ceroboh Kem Sri Banding untuk mendapatkan makanan, berulang [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154839 ] IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan menerima laporan mengenai insiden pencerobohan gajah di Kem Sri Banding, Gerik, baru-baru ini, seperti ditularkan menerusi rakaman video. Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata gajah itu dilihat menceroboh gudang simpanan rangsum tentera di kem berkenaan. Tanpa menerangkan insiden secara terperinci, beliau berkata, gangguan gajah di kem terbabit kerap berlaku, terutama apabila dipercayai berlaku kerosakan pada pagar elektrik atau pagar tidak diselenggara dengan baik. "Ada (terima laporan baru-baru ini) dan ini kejadian berulang yang mana situasi sama kerap berlaku di situ. Cuma kali ini ada pula yang rakam dan viralkan. "Punca gajah itu masuk, mungkin kerana masalah pagar elektrik di kem berkenaan yang rosak atau tidak diselenggarakan dengan baik. "Pejabat PERH

[Video] Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Bukit Wang, Kubang Pasu, Kedah

Image
[Video] Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Bukit Wang, Kubang Pasu, Kedah [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154622 ] ALOR SETAR - Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu. Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali. Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan. Dalami klip audio tersebut, lelaki itu menyebut 'Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati'. Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini. Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, seb