Posts

Showing posts with the label Kapal Layar

KLM Lorena Karam di Selat Madura

Image
Situbondo, Beritasatu.com - Kapal layar bermotor (KLM) Lorena yang membawa 50 penumpang karam di perairan Selat Madura. Seorang penumpang dilaporkan meninggal dunia dan seorang lagi kritikal. "Berdasarkan data manifes sementara yang kami terima, KLM Lorena membawa 50 penumpang," kata anggota Basarnas Jefry pada Ahad (8/12/2024). KLM Lorena dilaporkan berlepas dari Pulau Sapudi, Sumenep, dengan destinasi Pelabuhan Kalbut, Situbondo. Malangnya, kira-kira dua jam perjalanan, KLM Lorena tiba-tiba tenggelam di Selat Madura. Nasib baik apabila penumpang hampir lemas, kapal Berlian Selatan itu lalu di tempat kejadian. Detik dramatik menyelamatkan berpuluh-puluh penumpang telah dirakam dan tersebar di media sosial. Suasana panik di kalangan penumpang kelihatan ketika proses pemindahan di tengah laut sedang dijalankan "Puncanya belum tahu lagi, nanti kami kemaskini lagi. Sekarang kami masih dalam proses pemindahan ke ANCHOR port," kata Jefry. Dikatakan ketika ini 48 penumpan...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

Image
[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160472/ KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung yang terletak di pesisiran Sungai Perlis di Kuala Perlis. Kapal layar atau 'super yacht' yang berharga sekitar USD45 juta (lebih RM200 juta) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari 13 Ogos 2022. Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim, berkata pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu. "Kita bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu. "Malah, kita juga difahamk...