Posts

Showing posts with the label Lori

🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung

Image
🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung https://pakdin.my/168378/ JELEBU – Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila dua buah kenderaan termasuk lori jatuh ke lereng bukit kira-kira enam meter dalam kejadian di Bukit Tangga, berhampiran Jeram Toi, di sini, pagi tadi 26 September 2023. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba mendapat maklumat kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi tadi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, lori tersebut dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi. “Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki (enam meter). Akibat perlanggaran tersebut, kereta terbakar 100 peratus. “Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahag

[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini

Image
[VIDEO] Lima maut nahas kereta dan lori di Kampar awal pagi ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164605 KAMPAR: Seorang lagi mangsa kemalangan di kilometer 310.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Kampar, Perak meninggal dunia menjadikan angka korban nahas meningkat kepada lima orang mangsa yang maut terdiri daripada ibu bersama empat anaknya. Nahas berlaku selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang lori muatan tanah dalam kejadian jam 2 pagi tadi 16 Mei 2023. Kemalangan membabitkan Proton Saga dinaiki lima beranak itu merempuh bahagian belakang lori muatan tanah sebelum terbakar. Kebakaran bonet hadapan kereta itu sempat dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun empat mangsa, Azriyani Abdul Latif 45 tahun serta tiga anaknya Muhammad Azib Nasaruddin 23 tahun, yang juga pemandu kereta, serta Siti Nur Aminah Nasaruddin 8 tahun dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin 5 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala seorang lagi anak mangsa, Muhammad Fawwaz N

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Image
[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160916/ Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan trafik terhenti sehingga ke dalam terowong Menora 5 Oktober 2022, 23:44. Semua lorong arah Selatan dan Lorong kanan, Lorong tengah arah Utara terhalang. Trafik terhenti arah Selatan dan perlahan 1Km arah Utara.  View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar

Image
[VIDEO] Dua maut lori treler bawa jengkaut tersangkut pada kabel elektrik, terbakar BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/160530 TANJUNG MANIS: Dua lelaki maut selepas lori treler dinaiki mereka yang membawa sebuah jengkaut dipercayai tersangkut pada kabel elektrik dan terbakar, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kampung Semalau menghala ke Kampung Jerijih di sini sekitar jam 9 pagi 19 Ogos 2022. Menurutnya, mangsa ialah Hi Sieh King, 61, seorang lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia yang belum dikenal pasti identitinya. "Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis menerima laporan pada jam 9.15 pagi mengenai kebakaran sebuah lori treler yang membawa jengkaut dan sepasukan anggota bomba terus digerakkan ke lokasi. "Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati lengan jengkaut yang dibawa oleh lori treler terbabit tersangkut pada kabel elektrik dan kebakaran sedang berlaku di

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

Image
[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160373/ KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada 3 Ogos 2022 jam 13:00. Insiden sekitar pukul 1 petang itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan. Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh. “Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan. “Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu

[VIDEO] Kemalangan treler dan lori

Image
[VIDEO] Kemalangan treler dan lori Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160315 Kejadian berlaku pagi (1/8/2021) di KM357 Lebuh Raya PLUS Utara arah selatan dari Sungkai menghala Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori, pemandu selamat tiada mengalami kecederaan. https://www.instagram.com/tv/CgtHJKtJITd/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah

Image
[VIDEO} Kemalangan di Sungai Sabai: Pemandu lori rentung, diesel tumpah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160170 HULU SELANGOR: Seorang pemandu lori rentung dalam kemalangan di jalan Kampung Sungai Sabai, Kalumpang, Hulu Bernam, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 45 tahun terbabit memandu lori Hino menghantar muatan batu kerikil dari Serendah ke tapak pelupusan sampah di Sungai Sabai. "Lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kanan jalan dan terbalik jatuh ke ladang kelapa sawit. "Akibat kemalangan itu menyebabkan diesel tertumpah di atas mangsa dan terbakar," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Arsad berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti

Image
[Video] Kastam tembak lori bawa arak seludup enggan berhenti Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158263 .... ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa cukai yang enggan berhenti selepas merempuh kereta peronda polis (MPV) di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.12 petang itu lori berkenaan dikejar jauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay sebelum berjaya ditahan di susur Tol Lima Kedai di sini sejam kemudian. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai, dalam kejadian jam 1.12 petang itu. Katanya, tiga MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40-an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini. "Sebelum berjaya ditahan, lori berkenaan melanggar sebuah MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi t

[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori

Image
[Video] Kontena jatuh dari jejambat hempap lori Sumber:  https://pakdin.my/158079 ... PELABUHAN KLANG: Pemandu lori nyaris maut selepas lori yang dipandunya dihempap kontena yang terjatuh dari jejambat berdekatan susur keluar ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), hari ini. Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 49 tahun dalam perjalanan ke Pulau Indah, dekat sini, sebelum kontena yang membawa muatan kotak kitar semula jatuh dan terkena bahagian hadapan lori yang dipandunya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 1.17 tengah hari dan sepasukan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke lokasi. "Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kontena terjatuh dari atas jejambat yang dianggarkan setinggi 40 kaki (12 meter) dan menghalang laluan ke Pulau Indah. "Difahamkan, ketika kejadian, terdapat dua lori kontena melalui jalan