Posts

Showing posts with the label Sultan Selangor

Sultan Selangor bimbang perbuatan membunuh karakter semakin berleluasa

Image
KKB -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap cubaan membunuh karakter atau character assassination yang semakin berleluasa kebelakangan ini dengan niat untuk memberi persepsi negatif terhadap individu tertentu. Baginda bertitah jika tidak dibendung, perbuatan itu boleh membawa kepada lebih banyak budaya hidup yang tidak baik dan menjejaskan keharmonian masyarakat. Sultan Sharafuddin bertitah lazimnya perbuatan membunuh karakter itu hanya berlaku pada musim pilihan raya, namun kini ia digunakan untuk memusnahkan kepercayaan dan seterusnya menjatuhkan individu tertentu. “Beta ingin menasihatkan kepada rakyat agar bijak menilai dan mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat prasangka dan percaya dengan fitnah-fitnah yang terhasil daripada cubaan untuk membunuh karakter ini,” titah baginda dalam perutusan bersempena dengan tahun baharu 2025. Titah perutusan itu dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office hari ini. Dalam hal itu, baginda menyar...

Sultan Selangor isytihar Hutan Warisan Diraja Selangor seluas 108,000 hektar

Image
Sultan Selangor isytihar Hutan Warisan Diraja Selangor seluas 108,000 hektar BACA di: https://huluselangor.com/?p=767316 SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengisytiharkan pemasyhuran Hutan Warisan Diraja Selangor (HWDS) melibatkan 26 buah Hutan Simpan Kekal seluas 108,000 hektar, hari ini. Pengisytiharan itu selaras titah Sultan Sharafuddin sebelum ini yang mahu menjadikan suatu kawasan hutan yang mencakupi aspek konservasi, penyelidikan, pendidikan, reakreasi, eko-pelancongan dan sebagainya. Turut berangkat pada majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, idea bagi memperkenalkan konsep hutan itu susulan kunjungan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) yang mengadap Sultan Sharafuddin bagi mempersembahkan taklimat mengenai penyediaan Pelan Induk Pembangunan HWDS pada 16 Mac lalu di Istana Bukit Kayangan, di sini. Katanya, Sultan ...