Posts

Showing posts with the label Ukay Perdana

[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung

Image
[VIDEO] SAR seorang lagi kanak-kanak dikhuatiri lemas di Ukay Perdana disambung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162397 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana di sini disambung semula 8 pagi ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi memaklumkan pencarian akan difokuskan di sekitar kawasan mangsa, Muhammad Riqullah Mohd Shafie, 10, dipercayai terjatuh sehingga ke kawasan tebing Sungai Kemensah. Petang semalam, seorang kanak-kanak lelaki dikenali Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemukan lemas dipercayai hanyut dalam longkang di jalan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata ibu bapa kepada kedua-dua mangsa akan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana pengabaian terhadap kanak-kanak. Beliau berkata kejadian itu diperc