Posts

Showing posts with the label Buaya

🎦 Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah

Image
Perhilitan Selangor sahkan kehadiran buaya di Tasik Kiambang Serendah Baca seterusnya di: https://huluselangor.com/?p=767403 HULU SELANGOR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan kehadiran seekor buaya di Tasik Kiambang, Serendah susulan menerima aduan awam berkaitan kelibat reptilia tersebut. Sehubungan itu, pihaknya menjalankan operasi memasang perangkap buaya yang dianggarkan berukuran lima hingga enam kaki. "Tasik ini berhampiran dengan penempatan dan kawasan popular untuk pemancing. “Seramai 20 anggota Perhilitan Selangor terlibat dalam operasi tangkapan ini yang menggunakan umpan daging ayam,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai menampakkan 'sang bedal' yang mencetuskan kebimbangan orang awam terutamanya penduduk apartment Saujana berhampiran tasik berkenaan. Justeru, Perhilitan Selangor menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati semasa melak

Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’

Image
Sarawak bangun aplikasi pantau buaya secara ‘real time’ BACA seterusnya di: https://pakdin.my/152689 Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time’ atau data masa nyata. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti. Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang. “Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/5yiZPdjGKlY “Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko se

[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur

Image
[VIDEO] Terkejut lihat buaya tembaga berjemur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162469 KUANTAN - Penduduk di Perkampungan Cenderawasih, Bukit setongkol, di sini terkejut apabila melihat kelibat seekor buaya tembaga kira-kira tiga meter sedang berjemur di dalam longkang besar, kira-kira jam 4 petang Selasa 14 Februari 2023. Penduduk, Muhd Idlan Subhi, 39, berkata, pada tahun ini sahaja sudah tiga kali reptilia tersebut dilihat berada di tebing longkang besar, namun kali ini, saiznya agak besar sehingga menggerunkan penduduk setempat. Menurutnya, walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut. "Kita takut kerana budak-budak selalu bermain di sini dan buaya pula selalu kelihatan di kawasan berhampiran taman ini. "Bimbang juga kalau tiba-tiba ada budak terjatuh, ia pasti boleh mengundang bahaya. Jadi kita merasakan perlu pemantauan daripada pihak berkaitan di kawasan ini,"

[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang

Image
[VIDEO] Penduduk Kuantan gempar buaya sesat dalam longkang BACA seterusnya di https://pakdin.my/161606 Penduduk sekitar Kampung Jawa di Kuantan, Pahang gempar kewujudan buaya yang tersesat di dalam sebuah longkang di kawasan tersebut. Dalam video yang tular menerusi media sosial, kelihatan haiwan reptilia itu berenang di dalam longkang yang mana ia berdekatan jalan raya serta perumahan penduduk. Difahamkan, kejadian itu berlaku beberapa hari lalu dan orang awam berkumpul di sekitar longkang berpalang besi itu untuk melihat buaya tersebut. Seorang pengguna TikTok meninggalkan komen dengan mendakwa, haiwan tersebut sering dilihat di kawasan itu. “Di Kuantan ni, selalu nampak main di kawasan itu,” ujarnya. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” kata seorang lagi pengguna. “Jangan disangka longkang yang tenang tiada buaya,” BACA seterusnya di https://t.co/GSJMfBXN3i ......... pic.twitter.com/A5eFmmxfZH — Kamaluddin 阿列克斯 தீன் (@KamaluddinIdrus) January 8, 2023

[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya

Image
[Video] Jumpa rangka manusia dalam perut buaya Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159233   Beberapa kepingan rangka manusia ditemukan dalam perut seekor bangkai buaya seberat 300kg, di Kampung Nyabut, Trombol, dekat Kuching, hari ini. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada buaya yang mempunyai kesan rahang patah merupakan reptilia sama membaham seorang kanak-kanak lelaki, pada 21 Mei. Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching. Berdasarkan laporan, Mohd Adammi Moktar disambar buaya ketika sedang mengambil air dan terus hilang di dasar sungai. Sarawak Forestry Corporation dalam kenyataannya, berkata Pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) SFC ketika ini sedang giat menjalankan usaha perburuan buaya yang mengganas di beberapa lokasi termasuk di kawasan Trombol dan daerah Lundu. “Buaya berkenaan dipercayai mati tiga hari lalu. Selain itu tu

Kemunculan ‘pak bedal’ cemaskan penduduk

Image
PARIT BUNTAR – Penduduk di Kampung Nibong Hangus Kuala Kurau dekat sini gempar dan cemas dengan kehadiran seekor buaya yang memasuki kawasan kampung mereka hari ini. Baca seterusnya https://pakdin.my/?p=146672