Posts

Showing posts with the label UK

Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan UK letak jawatan

Image
Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan UK letak jawatan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159524 Kedua-duanya memaklumkan tidak boleh lagi bertahan dengan skandal yang membelenggu Perdana Menteri, Johnson sejak beberapa bulan lalu. Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer, menyifatkan peletakan jawatan itu jelas menggambarkan bahawa kerajaan sedia ada semakin goyah dan hanya menunggu roboh. Pada masa sama, seorang perwakilan perdagangan kerajaan UK dan tiga pembantu menteri turut meletakkan jawatan bersama-sama seorang naib pengerusi parti Konservatif LONDON: Dua anggota Kabinet pimpinan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson, meninggalkan kerajaan secara mengejut semalam, ketika pergaduhan dalaman berlaku dalam pimpinan tertinggi parti Konservatif. Rishi Sunak melepaskan jawatan Canselor Perbendaharaan (Menteri Kewangan) UK, manakala Sajid Javid meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan. Kedua-duanya memaklumkan tidak boleh lagi bertahan dengan skandal yang membelenggu Johns

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Image
  Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju Selanjutnya di: https://pakdin.my/159451.  Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol dan rokok untuk projek bergambar Guru seni Emma Wright, 41, membenarkan murid berusia 15 tahun bergambar tanpa baju dalam kelas Puan Wright memperkenalkan murid kepada artis baharu, yang mencipta 'gambar-gambar yang menarik' Dia kemudian membenarkan murid mengambil gambar di Kolej Sains Huxlow, Northamptonshire Puan Wright telah dipecat dan kini telah dilarang daripada mengajar selama-lamanya Seorang guru wanita daripada sebuah sekolah menengah di United Kingdom (UK) digantung daripada jawatannya selepas membenarkan pelajar perempuan mengambil gambar tanpa baju untuk projek seni. The Sun melaporkan, Emma Wright, 41, sebelum ini bertugas sebagai guru seni di Kolej Sains Huxlow di Northamptonshire pada 2017. Wright baga

UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin

Image
UK syor kanak-kanak 12 tahun ke bawah tak perlu divaksin [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154577 ] LONDON: Seorang saintis di United Kingdom (UK) mendakwa pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih. Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada minggu ini. Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di Britain. Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof. Paul Hunter, langkah menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan yang ketara. Kenyataan beliau disokong oleh satu laporan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Britain yang menganggarkan hampir tiga perem