Posts

Showing posts with the label T20

KRI Gesa Takrifkan Semula B40, M40, T20 Untuk Tangani Isu Kerentanan Ekonomi

Image
Pengelasan semasa kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40), 40 peratus pertengahan (M40), dan 20 peratus tertinggi (T20) tidak mencerminkan realiti stratifikasi ekonomi isi rumah di Malaysia, menurut kajian terkini oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI). Kajian itu mendapati sebaliknya, hanya kumpulan berpendapatan 30 peratus tertinggi (T30) yang menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan. Kumpulan pendapatan 50 peratus pertengahan (M50) --- kumpulan di antara B20 dan T30 -- masih rentan secara ekonomi, dan menghadapi masalah penyeimbangan antara memenuhi keperluan asas dan membeli produk yang lebih beraspirasi, jelas kajian itu. “Penemuan ini menimbulkan persoalan penting mengenai ketepatan klasifikasi isi rumah B40, M40, dan T20 semasa yang digunakan oleh kerajaan Malaysia,” menurut KRI dalam kenyataan pada Selasa mengenai kertas kerja terkininya bertajuk “Searching for the ‘Poor’ and ‘Middle Class’ in Malaysia” yang diterbitkan pada 30 Dis, 2024. KRI menjelaskan selama...

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674 Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin. “Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada ke...