Sesalan teruna mati pucuk akibat diabetes
Sesalan teruna mati pucuk akibat diabetes Baca seterusnya di: pakdin.my/167458 SEJAK kecil, Amin (bukan nama sebenar) begitu menggemari minuman yang manis terutamanya air berkarbonat. Malah, tabiat minum air berkarbonat yang lazim diketahui sebagai minuman mempunyai kandungan gula yang tinggi itu masih diteruskan apabila dia sudah meningkat dewasa. “Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak menyambung pengajian sebaliknya terus bekerja. “Setelah bekerja dan mempunyai wang sendiri, semakin ‘ligat’ saya minum air bergas itu. Setiap hari saya akan beli dan minum air berkarbonat,” katanya yang kini berusia awal 40-an. Tambahnya, ada ketikanya dia akan minum bertin-tin minuman tersebut. Namun begitu, selang beberapa tahun kemudian Amin telah disahkan berdepan masalah diabetes pada usia awal 20-an. Selain daripada faktor keturunan, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula tersebut telah menjadi faktor dia berdepan penyakit itu. Lebih buruk, biarpun selepas me