Posts

Showing posts with the label Piala Dunia

Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan

Image
  Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan https://pakdin.my/173667/ Harimau Malaya sekali lagi mempamerkan kematangan apabila kekal bersikap positif dan tidak putus asa untuk memastikan kemenangan mutlak 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Walaupun terpaksa mengharungi tempoh kira-kira 30 minit penuh tekanan ketika ketinggalan 3-1, anak buat Kim Pan-gon terus melawan hingga memperoleh tambahan tiga lagi gol di babak kedua. Hujan renyai kira-kira 15 minit sebelum sepak mula seakan beri petanda ngauman Harimau Malaya yang dilihat cukup garang sejurus wisel permulaan dibunyikan pengadil perlawanan, Ammar Ebrahim Hasan Mahfoodh. Segalanya sempurna buat skuad negara yang hanya memerlukan enam minit untuk menghasilkan gol pertama menerusi Dion Cools sekaligus menjadikan peratusan permainan lebih condong kepada Harimau Malaya. Walaupun terus menyajikan aksi berkualiti dan dihidangkan

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

Image
[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161113/ AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi penentu di Stadium Antarabangsa Khalifa sebentar tadi. Sebelum perlawanan, tekanan seakan lebih condong kepada Lions of Teranga yang bawa misi wajib menang namun pengendali Senegal, Aliou Cisse yang dikatakan mirip penyanyi rap terkenal, Snoop Dogg nyata memiliki strategi lebih baik untuk menghadirkan kejayaan. Walaupun sekadar memerlukan satu mata untuk mengulangi pencapaian 2006 layak ke peringkat kalah mati, Ecuador jelas tidak bernasib baik sekaligus keputusan itu menghadirkan pengubat duka buat bintang sensasi Senegal, Sadio Mane yang tidak dapat sertai pasukan ke Qatar ekoran kecederaan. Selain itu, kemenangan tipis ini melengkapkan penampilan ke-50 paling sempurna buat Ismaila Sarr yang turut menyumbangkan satu g

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

Image
[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0 BACA seterusnya di  https://pakdin.my/161080/ DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium 2-0 pada aksi kedua Kumpulan F di Stadium Al Thumama sebentar tadi. Selepas cipta sensasi dengan mengikat satu lagi gergasi Eropah, Croatia tanpa jaringan pada aksi pertama, Maghribi kekal yakin dengan mempertaruhkan kesebelasan sama manakala pengendali Belgium, Roberto Martinez melakukan tiga perubahan. Sejarah membuktikan Maghribi hanya mampu mengumpul dua kemenangan di Piala Dunia namun kejayaan ini melengkapkan misi balas dendam The Atlas Lions selepas Belgium tundukkan mereka 1-0 pada perhitungan pertama di pentas ini semasa edisi 1994. Sekalipun peratusan penguasaan permainan lebih berpihak kepada Belgium, anak buah Martinez seakan hilang idea setiap kali mengatur serangan malah bintang sensasinya, Kevin De Bruyne sep

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

Image
[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161074/ DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Ahmed bin Ali itu, skuad Samurai Biru itu gagal meneruskan momentum cemerlang seperti yang dilakukan ketika menewaskan Jerman pada aksi pertama awal minggu ini. Kedua-dua pasukan dilihat bermain dengan berhati-hati dan berdisiplin sepanjang 45 minit pertama tidak ada gerakan yang boleh membuahkan jaringan. Bersambung pada separuh masa kedua, Costa Rica dilihat lebih garang tetapi memerlukan minit ke-81 sebelum dapat memecahkan kebuntuan hasil jaringan Keysher Fuller. Jepun berusaha untuk mencari gol penyamaan dalam mencari satu mata berharga tetapi tidak berjaya dengan kekalahan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan. https://www.instagram.com/tv/Cld544ap6Z0/?utm_source=ig_web_copy_link Keputusan ters

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Image
Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/161070/ Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA 2022 Qatar. Jangan risau, kini anda boleh bebas melakukan jenayah itu kerana Ketua pengarah Jabatan Pemasyarakatan telah mengumumkan Piala Dunia akan ditayangkan di penjara Thai. Keputusan itu dibuat untuk membolehkan banduan menonton acara sukan paling popular di dunia di dalam penjara. Walau bagaimanapun, terdapat sejumlah besar sekatan. Pertama sekali, perlawanan hanya akan ditunjukkan sehingga jam 9 malam, jadi kebanyakan perlawanan yang berlaku lebih lewat pada waktu malam tidak akan ditayangkan. Penonton sukan ini juga mesti bersikap tenang dan tidak menjadi liar dengan persembahan tradisional bagi meraikan sambutan, bergaduh atau jeritan marah sekiranya persembahan buruk pasukan yang mereka minati. Tiada pertengkaran