Posts

Showing posts with the label Bachok

[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat

Image
[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166750 Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di perairan Kemasin, di sini awal pagi semalam ditemui selamat. Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata Rohaimi Ahmad, 47 tahun, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 tahun dan Amir Zulfikar Che Wil, 29 tahun ditemui nelayan di Pantai Belawan, Takbai, Thailand. Beliau berkata, menerusi maklumat awal bot dinaiki ketiga-tiga nelayan terbabit dihanyutkan ke negara berkenaan selepas kehabisan minyak kira-kira 10 kilometer dari perairan negara. "Bot KNF 7086 berwarna kuning yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dan ditunda dari Pantai Belawan ke jeti Polis Marin Takbai petang ini," katanya dalam sidang media di Jeti Kuala Kemasin, di sini, hari ini. Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malay...

Warga emas maut ketika luncur udara

Image
Warga emas maut ketika luncur udara BACA seterusnya: https://pakdin.my/166061 BACHOK: Keseronokan dua warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.50 petang, mangsa, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala rakannya, yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama, di sini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa dipercayai rakan sekampung. Katanya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan. "Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut. "Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa," katanya ketika...

[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar

Image
[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159176   Masjid Mahmoodi yang terletak berhampiran Pantai Irama di Bachok Kelantan mengalami kebakaran. Menurut sumber dari orang awam kejadian berlaku sejurus jemaah selesai solah Isyak berjemaah di masjid tersebut. Ketika kejadian masih terdapat ramai jemaah yang masih berada di masjid, namun kesemua jemaah berjaya keluar dari masjid dengan selamat. Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat sudah tiba di lokasi kejadian untuk kerja kerja memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku. Difahamkan kebakaran berpunca dari bilik Bilal melaungkan azan dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas. Namun begitu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan. Berita mengenai kebakaran tersebut disebarkan oleh orang ramai melalui whatsapp dan turut dikongsikan di media sosial yang lain. Masjid Mahmoodi merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Perupok di pinggir ba...

Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih

Image
Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih [Sumber: https://pakdin.my/?p=154750 ] KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol bekas kekasih bawah umur pada tujuh tahun lalu. Tertuduh, Mohd Farit Mohd Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah kosong di Bachok pada jam 2 petang September 2015. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pada prosiding itu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarganya. Tertuduh p...