Posts

Showing posts with the label Pantai Irama

Warga emas maut ketika luncur udara

Image
Warga emas maut ketika luncur udara BACA seterusnya: https://pakdin.my/166061 BACHOK: Keseronokan dua warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.50 petang, mangsa, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala rakannya, yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama, di sini. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa dipercayai rakan sekampung. Katanya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan. "Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut. "Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa," katanya ketika

[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar

Image
[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159176   Masjid Mahmoodi yang terletak berhampiran Pantai Irama di Bachok Kelantan mengalami kebakaran. Menurut sumber dari orang awam kejadian berlaku sejurus jemaah selesai solah Isyak berjemaah di masjid tersebut. Ketika kejadian masih terdapat ramai jemaah yang masih berada di masjid, namun kesemua jemaah berjaya keluar dari masjid dengan selamat. Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat sudah tiba di lokasi kejadian untuk kerja kerja memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku. Difahamkan kebakaran berpunca dari bilik Bilal melaungkan azan dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas. Namun begitu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan. Berita mengenai kebakaran tersebut disebarkan oleh orang ramai melalui whatsapp dan turut dikongsikan di media sosial yang lain. Masjid Mahmoodi merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Perupok di pinggir bandar Bach